Images
  • powerlifting
    Farhana Farid mengangkat besi seberat 173kg (Gambar: Powerlifting Singapore)

S'pura pecah 6 rekod Asia, gondol 41 emas di pertandingan 'powerlifting' Asia

ULAANBAATAR: Singapura berjaya memecahkan enam rekod Asia dan membawa pulang 41 pingat emas di Kejohanan Klasik Powerlifting Asia 2018.

Pasukan negara tahun ini yang diwakili lima wanita dan 12 lelaki juga menggondol 10 pingat perak dan lima gangsa, menurut Powerlifiting Singapore pada Sabtu (8 Dis).

Powerlifting merupakan sukan uji tenaga di mana atlit mengangkat beban paling berat dalam acara angkat cangkung (squat), juak baring (pench press) dan deadlift. Kejohanan tahun ini disertai 18 negara yang diwakili 253 atlit.

Peserta wanita Thor Qian Qi dan Farhanna Farid kedua-duanya menjadi pemegang baru rekod Asia.

Thor, 19 tahun, membawa pulang empat pingat emas dan melakukan angkatan seberat 145.5 kilogram (kg) bagi memecah rekod bagi kategori wanita bawah 52kg. Beliau juga juga melakukan angkat berat cangkung seberat 130kg dan juak baring seberat 65kg, memecahkan rekod Junior dan rekod Terbuka Kebangsaan Singapura.

Rakan sepasukan Farhanna, 26 tahun, memecahkan rekod Asia bagi kategori terbuka wanita bawah 52 kg, dengan mengangkat beban seberat 173 kg. Beliau berjaya mengatasi rekod lama Asia melebihi 13kg meskipun baru pulih daripada kecederaan bahagian belakang, menurut Powerlifting Singapore.

Bagi pasukan lelaki, Norfatris Danial, 22 tahun, berjaya mengangkat berat 281kg, diikuti oleh beban 293kg dan membawa pulang pingat emas dan dua rekod Asia dalam kategori lelaki junior bawah 83 kg. Beliau juga berjaya memenangi pingat emas bagi acara cangkung dan pingat emas keseluruhan.

- CNA/TQ/tq

Top