Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

S'pura menang pingat emas dalam acara lawan pedang foil berpasukan wanita

Singapura mendapat pingat emas ketiga dalam sukan lawan pedang menerusi acara foil berpasukan wanita di temasya Sukan SEA ke-30 yang berlangsung di Filipina hari ini (6 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 06 Dec 2019 09:32PM Dikemas Kini : 06 Dec 2019 09:38PM

MANILA: Singapura mendapat pingat emas ketiga dalam sukan lawan pedang menerusi acara foil berpasukan wanita di temasya Sukan SEA ke-30 yang berlangsung di Filipina hari ini (6 Dis).

Dalam perlawanan akhir yang diadakan siang tadi, pasukan Singapura berjaya mengalahkan Vietnam 45-29.

Pasukan itu terdiri daripada Amita Berthier, Maxine Wong, Denyse Chan dan Tatiana Wong.

Berthier sebelum ini sudahpun memenangi pingat emas dalam acara perseorangan manakala Maxine Wong pula merangkul pingat perak.

Dengan kemenangan itu, pasukan lawan pedang Singapura secara keseluruhannya berjaya memungut tiga pingat emas, satu pingat perak dan lima pingat gangsa.

Singapura menjuarai acara foil berpasukan wanita pada 2005, 2007 dan 2015 manakala pada 2011, pasukan itu meraih pingat perak.

Sementara itu, pasukan lelaki negara pula berkongsi pingat gangsa dengan Filipina dalam acara sabre setelah kalah tipis 42-45 di tangan Thailand pada peringkat separuh akhir.

Ikuti liputan Mediacorp bagi Sukan SEA ke-30 dan dapatkan laporan paling meluas Team Singapore melalui empat saluran LIVE di Toggle.

Lungsuri toggle.sg/seagames2019 untuk butiran lanjut.  

Sumber : CNA/MU/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan