Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

S'pura kecundang 4-0 kepada Palestin dalam saringan Piala Dunia FIFA 2022

Singapura kembali beraksi dalam pusingan kelayakan Piala Dunia dan Piala Asia pada Khamis (3 Jun) selepas lebih 18 bulan namun tewas 4-0 kepada Palestin.

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura kecundang 4-0 kepada Palestin dalam saringan Piala Dunia FIFA 2022

(Gambar: FAS)

Diterbitkan : 04 Jun 2021 01:10PM Dikemas Kini : 04 Jun 2021 01:17PM

RIYADH: Singapura kembali beraksi dalam pusingan kelayakan Piala Dunia dan Piala Asia pada Khamis (3 Jun) selepas lebih 18 bulan namun tewas 4-0 kepada Palestin.

Pusingan kedua kelayakan bersama bagi Piala Dunia FIFA 2022 di Qatar dan Piala Asia AFC 2023 di China disambung semula setelah digantung disebabkan oleh pandemik COVID-19.

Palestin mendahului separuh masa pertama dengan tiga gol di Stadium Antarabangsa Raja Fahd, sekali gus mendorong ketua jurulatih Singapura Tatsuma Yoshida untuk membuat perubahan pada kesebelasan utama Singapura selepas waktu rehat. Namun beliau akur bahawa keputusan perlawanan tersebut bukan seperti yang diharapkan.

"Para pemain cuba, namun pada separuh masa pertama, mereka agak gementar," katanya selepas perlawanan itu.

"Saya sangat kecewa (kerana) mereka boleh melakukan lebih daripada itu (dan) kita tidak menunjukkan potensi sebenar. Saya rasa jika kita beraksi sebaik mungkin, keputusannya mungkin berbeza... Saya benar-benar mohon maaf kepada para peminat.

"Saya rasa ia satu kekecewaan yang besar, ... Namun ia bukan salah (para pemain). Ia disebabkan oleh cara pengurusan saya dan ia salah saya."

Tiga gol yang diraih oleh Palestin dijaringkan dalam masa 10 minit dan ia termasuk dua tendangan penalti oleh Tamer Seyam dan Oday Dabbagh. Yaser Hamed menjaringkan gol keempat pada saat-saat akhir perlawanan.

Ini bermakna Palestin mendahului Singapura dalam Kumpulan D dari segi jumlah gol yang dijaringkan.

Pasukan Singa kini menduduki tempat keempat daripada lima pasukan dalam Kumpulan D selepas enam perlawanan.

Sumber : CNA/Agensi berita/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan