Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

S'pura jadi tuan rumah Piala AFF Suzuki mulai 5 Dis

Singapura akan menjadi tuan rumah bagi Piala AFF Suzuki akan datang, yang dijadualkan berlangsung dari 5 Disember hingga 1 Januari 2022.

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura jadi tuan rumah Piala AFF Suzuki mulai 5 Dis

Ikhsan Fandi meraikan sumbatan gol dalam perlawanan menentang Timor Leste di Piala AFF Suzuki pada 2018. (Gambar: Matthew Mohan)

Diterbitkan : 28 Sep 2021 07:43PM Dikemas Kini : 28 Sep 2021 07:44PM

SINGAPURA: Singapura akan menjadi tuan rumah bagi Piala AFF Suzuki akan datang, yang dijadualkan berlangsung dari 5 Disember hingga 1 Januari 2022.

Demikian diumumkan Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) di Facebook hari ini (28 Sep).

Kali terakhir Singapura menjadi tuan rumah bagi perlawanan itu adalah pada 2014. Butiran lanjut mengenai perlawanan itu dan bagaimana ia akan diadakan di tengah-tengah pandemik COVID-19 belum lagi diumumkan.

Piala Suzuki pada awalnya dijadualkan diadakan tahun lalu, namun ditunda ke April tahun ini akibat pandemik COVID-19. Ia kemudian dijadualkan semula buat kali kedua.

Pasukan negara akan menentang Thailand, Myanmar, Filipina dan pemenang pusingan kelayakan - Brunei atau Timor-Leste - dalam perlawanan Kumpulan A, selepas pengundian bagi kumpulan-kumpulan yang bakal bertanding dijalankan Selasa lalu (21 Sep).

Undian dijalankan secara maya buat kali pertama dalam sejarah perlawanan itu disebabkan sekatan COVID-19.

Dalam edisi terakhir perlawanan itu pada 2018, pasukan negara disingkirkan dalam peringkat kumpulan. Meskipun menewaskan Indonesia dan Timor-Leste, Singapura dikalahkan 1-0 di tangan Filipina dan dirembat 3-0 oleh Thailand.

Pasukan negara kemudian menduduki tempat ketiga dalam kumpulan itu dengan enam mata, dengan dua negara teratas mara ke peringkat seterusnya.

Walaupun Singapura sudah memenangi perlawanan serantau itu sebanyak empat kali, kali terakhir pasukan negara muncul sebagai juara adalah pada 2012 di bawah bimbingan Raddy Avramovic. 

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan