Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

S'pura catat prestasi baik dalam arena sukan 2017, meski terdapat beberapa kontroversi

Tahun 2017 yang bakal menutup tirainya dikenang sebagai tahun di mana Singapura mencatat pencapaian baik dalam bidang sukan dan juga detik-detik mengecewakan.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 24 Dec 2017 06:14PM Dikemas Kini : 24 Dec 2017 09:06PM

SINGAPURA: Tahun 2017 yang bakal menutup tirainya dikenang sebagai tahun di mana Singapura mencatat pencapaian baik dalam bidang sukan dan juga detik-detik mengecewakan.

Para atlit negara mencatat kejayaan baik di peringkat serantau tahun ini terutamanya di sukan SEA .

Kontinjen negara merangkul 57 pingat emas, 58 perak dan 73 gangsa iaitu jumlah tertinggi dalam satu-satu kejohanan luar negara.

Sukan renang terus cemerlang dengan para perenang muda menang pingat emas dalam penampilan pertama Sukan SEA.

Begitu juga dengan acara boling, golf dan sukan berbasikal. Para atlit sukan-sukan demikian turut mengharumkan nama negara dengan mencatat kejayaan di luar jangkaan.

Dalam pada itu, kontinjen Singapura di Sukan Para ASEAN juga merangkul jumlah pingat terbanyak dalam sejarah, dengan sembilan emas, 17 perak dan 24 gangsa.

Namun, di sebalik pencapaian-pencapaian tersebut, arena sukan tempatan terpalit juga dengan kontroversi.

April lalu, satu serbuan dilancarkan ke atas pejabat dan kelab-kelab bola sepak Singapura berhubung penggunaan derma $500,000.

Ini membawa kepada penangkapan beberapa anggota Persatuan Bola sepak Singapura (FAS) dan pasukan yang bertanding bagi pemilihan pucuk pimpinannya. Mujur, mereka dibebaskan dengan ikat jamin dan membantu dalam siasatan polis.

Selain itu, sukan atletik juga menarik perhatian dengan pertelingkahan dalaman berhubung isu-isu seperti latihan dan pemilihan skuad negara ke sukan SEA.

Sejak peristiwa gelap itu, persatuan atletik Singapura dan FAS sudahpun melakar rancangan-rancangan untuk memajukan lagi sukan-sukan berkenaan pada 2018. 

Sumber : CNA/MM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan