Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

S'pura antara 5 calon tuan rumah akhir musim ATP Finals

Singapura dan empat lagi bandar lain tersenarai sebagai calon tuan rumah kejohanan akhir musim ATP Finals pada 2021.

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura antara 5 calon tuan rumah akhir musim ATP Finals

Pemain tenis dari Jerman, Alexander Zverev meraikan kemenangannya selepas menumpaskan Novak Djokovic. (Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 15 Dec 2018 11:05AM Dikemas Kini : 15 Dec 2018 11:07AM

LONDON: Singapura dan empat lagi bandar lain tersenarai sebagai calon tuan rumah kejohanan akhir musim ATP Finals pada 2021.

Demikian diumumkan badan pentadbir tennis lelaki tersebut pada Jumaat (14 Dis).

Persatuan Profesional Tenis (ATP) menyatakan bahawa Manchester, Singapura, Tokyo dan Turin serta tuan rumah buat masa ini, London, dipertimbangkan dalam fasa terakhir proses bidaan bagi kejohanan 2021 hingga 2025.

O2 Arena menjadi tempat berlangsungnya kejohanan-kejohanan tenis yang ditonton ramai sejak 2009 di mana ia melibatkan kos AS$8.5 juta (S$11.7 juta). Meskipun tempat tersebut popular dalam kalangan para peminat mahupun pemain sukan itu, ATP mengumumkan pada Ogos bahawa ia mengalu-alukan bidaan dari negara-negara lain yang mempunyai potensi.

"Minat yang ditunjukkan dari merata dunia sepanjang proses bidaan mencerminkan warisan kaya kejohanan unik ini," kata Ketua ATP Chris Kermode menerusi satu kenyataan.

"Ia satu persaingan yang sangat sengit dan para calon yang disenaraikan layak dipuji kerana menonjolkan semangat dan visi kreatif."

Lebih 40 bandar menzahirkan minat masing-masing untuk menjadi tuan rumah kejohanan itu, menurut ATP. Calon yang dipilih akan diumumkan pada Mac tahun depan.

Pada bulan lalu, Sport Singapore, Lembaga Pelancongan Singapura (STB) dan Hab Sukan Singapura mengesahkan bahawa ia sudah meletakkan bidaan bagi pertandingan berprestij itu, yang diadakan di London sepanjang sedekad lalu.

"Ini sebahagian daripada usaha kami untuk memikat dan menjadi tuan rumah bagi acara-acara sukan bertaraf dunia yang mampu membuat negara ini lebih bertenaga, bersemangat dan menarik sebagai destinasi sukan dan pelancongan," menurutnya dalam satu kenyataan bersama.

"Hab Sukan Singapura merupakan satu destinasi bertaraf dunia dan pilihan bagi acara-acara seperti itu."

Kejohonan ATP diadakan di beberapa bandar sejak mula diperkenalkan di Tokyo pada 1970. New York menjadi tuan rumah kepada acara tersebut selama 13 tahun. Antara bandar-bandar lain yang pernah menjadi tuan rumah termasuk Frankfurt, Hanover, Lisbon, Sydney, Houston dan Shanghai.

Lapan pemain terbaik dunia dan pasukan-pasukan beregu berentap dalam kejohanan itu. Hadiah wang AS$8.5 juta (S$11.7 juta) yang ditawarkan tahun ini dibawa pulang Alexander Zverev yang berjaya menumpaskan Novak Djokovic.  

Sumber : Reuters/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan