Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Rupa-rupanya bintang muda Man Utd ini peminat Lee Chong Wei

Pemain bola sepak Manchester United, Daniel James mendedahkan bahawa beliau sebenarnya adalah peminat besar legenda badminton Malaysia, Lee Chong Wei.

Anggaran Waktu Membaca:
Rupa-rupanya bintang muda Man Utd ini peminat Lee Chong Wei
Diterbitkan : 02 Oct 2019 11:08PM Dikemas Kini : 02 Oct 2019 11:09PM

MALAYSIA: Pemain bola sepak Manchester United, Daniel James mendedahkan bahawa beliau sebenarnya adalah peminat besar legenda badminton Malaysia, Lee Chong Wei.

Dalam satu temu bual bersama Astro Supersport, pemain muda itu mengimbas kembali pengalamannya hampir bertemu dengan idolanya itu semasa lawatannya ke Singapura.

Chong Wei merupakan peminat tegar Manchester United dan berada di Stadium Negara di Singapura untuk menyaksikan perlawanan antara Manchester United dan Inter Milan dalam Piala Juara-Juara Antarabangsa pada Julai lalu.

"Saya sebenarnya ingin memberikannya autograf. Saya menandatanganinya tetapi barisan terlalu panjang, jadi saya tidak melihatnya dengan jelas dan tidak perasan bahawa itu adalah dia.

"Di lain kesempatan, saya mungkin akan menegur dan berbual dengannya," kata James.

James turut mendedahkan minatnya terhadap sukan badminton sebelum beralih ke bola sepak.

"Saya cintakan bola sepak tetapi saya juga menggemari badminton dan kerap bermain sukan itu sewaktu lebih muda.

"Saya selalu menonton perlawanan badminton, melihat Chong Wei, Lin Dan dan perlawanan mereka amat hebat," kata James.

Sumber : Agensi berita/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan