Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Ronaldo sumbang AS$1.5 juta kepada penduduk Palestin sempena Ramadan

Bintang Juventus, Cristiano Ronaldo, sekali lagi menunjukkan sokongannya terhadap penduduk Palestin apabila dilaporkan menyumbangkan AS$1.5 juta (S$2.06 juta) menerusi Yayasan Kebajikan Onwadan.

Anggaran Waktu Membaca:
Ronaldo sumbang AS$1.5 juta kepada penduduk Palestin sempena Ramadan

Bintang Juventus dan Portugal, Cristiano Ronaldo. (Gambar: Instagram/Cristiano Ronaldo)

Diterbitkan : 21 May 2019 03:57PM Dikemas Kini : 21 May 2019 07:29PM

TURIN: Sifat dermawan bintang Juventus, Cristiano Ronaldo, memang sudah mendapat perhatian dunia sejak kapten pasukan Portugal itu mula menyarung jersi gergasi bola sepak England, Manchester United pada 2003.

Meskipun bekas pemain midfield Real Madrid itu merupakan antara atlit paling mewah di dunia, senarai sumbangan derma beliau kepada badan-badan amal di merata dunia hampir sama hebat seperti perjanjian dan kontrak tajaan yang ditandatanganinya, lapor ESPN.

Bekas penerima Anugerah Ballon d’Or sebanyak lima kali itu pernah melelongkan anugerah yang dimenanginya pada 2013 untuk menderma £600,000 (S$922,389) kepada Yayasan Make-A-Wish.

Pada 2016, pemain yang kini berusia 34 tahun, turut membuat sumbangan derma yang besar kepada Save the Children di mana sumbangannya disalurkan untuk membiayai kos makanan, pakaian dan jagaan perubatan bagi membantu kanak-kanak di Syria, menurut ESPN.

Akhbar The Sun pula melaporkan bahawa Ronaldo bijak memanfaatkan statusnya sebagai pemain superstar untuk mengetengahkan isu-isu sosial, sambil menggunakan platform global untuk tujuan yang menggalak kesejahteraan dan kebaikan.

Pada 2017, Ronaldo merakam mesej khas kepada kanak-kanak yang terjejas akibat konflik di Syria.

Menurut The Sun, Ronaldo menyifatkan kanak-kanak Syria itu sebagai ‘wira sebenar’ dan pesanannya diiringi dengan ungkapan “I am with you”.

Dengan sokongannya yang begitu ketara kepada kanak-kanak yang dilanda konflik khususnya kanak-kanak di Syria, maka tidak hairanlah jika timbul pula berita yang tersebar baru-baru ini yang mengaitkan pemain kacak itu dengan sumbangan AS$1.5 juta (S$2.06 juta) kepada Yayasan Kebajikan Onwadan.

Sumbangan tersebut dikatakan sebagai tanda prihatin bintang bola sepak itu terhadap kesengsaraan penduduk di Gaza yang terus dibedil Israel biarpun semasa bulan Ramadan.

Sebelum ini, pemain bola sepak berusia 34 tahun itu melelongkan trofi kasut emas - anugerah berprestij yang dimenanginya pada tahun 2012 sebagai penyerang Eropah terbaik musim tersebut - dalam usaha meraih dana bagi pembinaan beberapa buah sekolah di Gaza.

Ronaldo juga pernah bertemu dengan seorang peminat ciliknya yang terselamat daripada serangan Israel dan menyerahkan kemeja-T istimewa kepada kanak-kanak berkenaan.

Tidak cukup dengan itu, Ronaldo juga mendermakan sejumlah besar kepada Yayasan 'Make-A-Wish' dan Palang Merah selain memainkan peranan selaku duta untuk beberapa badan amal - antaranya seperti 'Save The Children', Unicef and 'The World Vision'.

Meskipun sumbangan derma terbaru ini belum dapat disahkan kesahihan mahupun disangkal kepalsuannya oleh mana-mana agensi berita, namun apa yang jelas adalah insan yang bernama Cristiano Ronaldo ini memang cukup pintar memanfaatkan statusnya untuk menarik perhatian kepada isu-isu meruncing dunia.

Sumber : Agensi berita/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan