Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Ronaldo nafi langgar protokol COVID-19

Cristiano Ronaldo tanpa berselindung membalas sindiran Menteri Sukan Itali dengan menafikan bahawa beliau melanggar protokol COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
Ronaldo nafi langgar protokol COVID-19

Bintang bola sepak Cristiano Ronaldo. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 17 Oct 2020 09:32AM Dikemas Kini : 17 Oct 2020 09:33AM

ROME: Cristiano Ronaldo tanpa berselindung membalas sindiran Menteri Sukan Itali dengan menafikan bahawa beliau melanggar protokol COVID-19 yang dikenakan ke atasnya oleh persatuan bola sepak negara itu selepas kembali daripada perlawanan antarabangsa dan disahkan positif virus tersebut.

Penyerang Juventus itu sedang menjalani kuarantin di kediamannya di Turin selepas pulang dari Portugal dan disahkan positif ketika mewakili pasukan negaranya dalam perlawanan Liga Negara-Negara Eropah.

"Saya tidak pernah melanggar protokol," tegas Ronaldo dalam akaun Instagramnya sambil menekankan bahawa beliau melakukan perjalanan ke Itali selepas dibenarkan untuk berbuat demikian dan beliau mengelak bersentuhan dengan orang lain.

"Seseorang, yang namanya saya tidak akan sebut, di Itali ... menuduh saya tidak menghormati protokol, ia tidak benar sama sekali.

"Saya sedang menjalani kuarantin, saya bersendirian, keluarga saya di tingkat lain, kami tidak boleh bersentuhan dan begitulah keadaannya sekurang-kurangnya selama 10 hari lagi."

Pada Khamis lalu, Menteri Sukan Itali Vincenzo Spadafora mengatakan bahawa beliau berpendapat kapten pasukan Portugal itu melanggar protokol dengan meninggalkan Itali semasa pasukan Juventus sedang menjalani pengasingan selepas dua kes COVID-19 dikesan dalam kalangan kakitangan bukan pemain kelab tersebut.

Pada Jumaat (16 Okt) beliau mendakwa Ronaldo berbohong dan menegaskan bahawa komennya itu ditujukan secara khusus kepada pemain berkenaan dan sebilangan rakan sepasukan yang meninggalkan pasukan tersebut untuk mewakili pasukan negara masing-masing. 

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan