Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Ronaldo diarah beri sampel DNA bagi siasatan rogol

Polis Las Vegas mengarahkan bintang bola sepak Cristiano Ronaldo supaya menyerahkan sampel DNA sebagai sebahagian daripada siasatan ke atas tuduhan merogol yang melibatkan pemain Juventus itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Ronaldo diarah beri sampel DNA bagi siasatan rogol

Bintang bola sepak Cristiano Ronaldo. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 11 Jan 2019 08:31AM Dikemas Kini : 11 Jan 2019 08:33AM

LOS ANGELES: Polis Las Vegas mengarahkan bintang bola sepak Cristiano Ronaldo supaya menyerahkan sampel DNA sebagai sebahagian daripada siasatan ke atas tuduhan merogol yang melibatkan pemain Juventus itu.

Peguam Ronaldo, Peter Christiansen bagaimanapun tidak mahu membesar-besarkan waran yang dihantar kepada pihak berkuasa di Itali, setakat memberitahu AFP menerusi satu kenyataan pada Khamis (10 Jan) bahawa ia adalah sebahagian daripada prosedur biasa.

"Encik Ronaldo tetap berpendirian, sehingga hari ini, bahawa apa yang berlaku di Las Vegas pada 2009 adalah dengan kerelaan semua pihak terlibat. Maka itu tidak hairan jika terdapat kesan DNA yang ditemui. Juga tidak menghairankan jika polis membuat permintaan biasa ini sebagai sebahagian daripada siasatan mereka," menurut kenyataan itu.

Seorang bekas model Amerika Syarikat, Kathryn Mayorga, 34 tahun, dari Las Vegas, dalam satu aduan yang dibuat tahun lalu di Nevada menuduh Ronaldo merogolnya pada 13 Jun 2009 sejurus sebelum beliau berpindah dari Manchester United ke Real Madrid.

Ronaldo, 33 tahun, menolak keras dakwaan itu dan kapten pasukan Portugal itu turut disokong oleh kelabnya.

Mayorga mendakwa pemain bola sepak itu merogolnya di sebuah hotel di Las Vegas dan kemudian menyogoknya dengan wang sebanyak AS$375,000 (S$508,300) untuk menutup mulut.

Sumber : AFP/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan