Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Ronaldo, Casemiro bantu Real mara ke suku akhir Liga Juara-Juara Eropah

Cristiano Ronaldo dan Casemiro berjaya menjaringkan gol bagi Real Madrid bagi membantu pasukan mereka menewaskan Paris Saint-Germain (PSG) 2-1 yang beraksi tanpa bintangnya, Neymar. Ini bermakna juara bertahan itu layak ke suku akhir Liga Juara-Juara Eropah selepas perlawanan semalam (6 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:
Ronaldo, Casemiro bantu Real mara ke suku akhir Liga Juara-Juara Eropah

Cristiano Ronaldo dan Edinson Cavani beraksi di perlawanan semalam (6 Mac). (Gambar: FRANCK FIFE/AFP)

Diterbitkan : 07 Mar 2018 08:22AM Dikemas Kini : 07 Mar 2018 08:26AM

PARIS: Cristiano Ronaldo dan Casemiro berjaya menjaringkan gol bagi Real Madrid bagi membantu pasukan mereka menewaskan Paris Saint-Germain (PSG) 2-1 yang beraksi tanpa bintangnya, Neymar. Ini bermakna juara bertahan itu layak ke suku akhir Liga Juara-Juara Eropah selepas perlawanan semalam (6 Mac).

Bulan lalu, Ronaldo mendapatkan gol ke-100 untuk Real Madrid dengan menghasilkan dua daripada tiga gol dalam perlawanan pertama pasukannya menentang PSG di Sepanyol.

Tandukan penyerang Real Madrid pada separuh kedua perlawanan di Parc des Princes kali ini mematahkan semangat pasukan Perancis itu daripada melayakkan diri ke pusingan selanjutnya.

Edinson Cavani kemudian menyamakan kedudukan tetapi ia hanya selepas rakan sepasukan Marco Verratti diperintah keluar padang. Peluang PSG menebus kekalahan di tangan lawan yang sama bulan lalu terus terhambat apabila Casemiro menjaringkan gol sekaligus memberi pasukan Zinedine Zidane kemenangan yang cukup selesa dengan agregat 5-2.

Dengan kejayaan semalam, cita-cita Real Madrid untuk menjadi pasukan pertama dalam tempoh 40 tahun untuk menjulang tiga Piala Eropah berturut-turut semakin bersemangat.

DI MARIA KECUNDANG

Tanpa Neymar, Angel Di Maria diberi peluang untuk mempamerkan bakatnya tetapi pemain Argentina itu gagal untuk berbuat demikian.

Penjaga gawang Real Madrid, Keylor Navas hanya diuji sekali sahaja dalam separuh pertama dengan tendangan Kylian Mbappe diselamatkan pada minit ke-43.

Sebaliknya, Alphonse Areola bekerja keras untuk menepis rembatan Sergio Ramos dan Karim Benzema daripada membolosi gawang pada separuh pertama itu.

Bagaimanapun, tandukan Ronaldo pada minit ke-51 gagal diselamatkan.

Meskipun tandukan Cavani yang membolosi gawang Real Madrid pada minit ke-71 menjadikan perlawanan terikat 1-1, pertahanan PSG yang lemah membolehkan Casemiro menjaringkan gol 10 minit sebelum perlawanan berakhir.

Ini merupakan kali pertama dalam 51 perlawanan di mana PSG kalah di padangnya sendiri. 

Sumber : AFP/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan