Images
  • ronaldo juventus
    Cristiano Ronaldo raikan gol Juventus ke atas AC Milan (Gambar: AFP)

Ronaldo bantu Juventus julang piala Super Cup

JEDDAH: Cristiano Ronaldo menjaringkan gol tunggal yang membawa piala pertama bagi Juventus musim ini, menyusuli kemenangan 1-0 ke atas AC Milan dalam perlawanan Super Cup pada Rabu (16 Jan) di Arab Saudi.

Ronaldo - yang khidmatnya didapatkan oleh pasukan gergasi Itali itu pada tahun lalu dari Real Madrid - sedang memburu gelaran Liga Juara-Juara sejak 1996 - menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-61.

AC Milan terpaksa bermain dengan 10 pemain selepas pemain tengah Franck Kessie dilayangkan kad merah, 15 minit sebelum perlawanan berakhir.

Perlawanan sengit itu dibayangi kontroversi dengan sesetengah pihak mempersoalkan mengapa perlawanan tersebut diadakan di tempat lain di tengah-tengah isu hak asasi manusia berhubung kaum wanita yang hanya dibenarkan menonton perlawanan bola sepak jika ditemani saudara atau anggota keluarga lelaki di Arab Saudi.

Menurut laporan media, seramai 15,000 wanita adalah antara 61,000 penonton di stadium tersebut.

Juventus kini mencipta rekod memenangi Super Cup sebanyak lapan kali, manakala AC Milan menjulang piala itu sebanyak tujuh kali.

Ini kali kedua jurulatih Juventus Massimiliano Allegri menjulang trofi tersebut, selepas kalah di tangan AC Milan pada 2016 dan Lazio tahun lalu.

- AFP/TQ/tq

Top