Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Ronaldo abai faktor graviti, usia untuk tandukan hebat

 Juventus pada Jumaat (20 Dis) memuji Cristiano Ronaldo selepas lompatannya yang menakjubkan untuk menjaringkan gol kemenangan ke atas Sampdoria sekali gus membolehkan pasukan Itali itu berada di kedudukan atas Serie A.

Anggaran Waktu Membaca:
Ronaldo abai faktor graviti, usia untuk tandukan hebat

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 20 Dec 2019 08:38AM Dikemas Kini : 20 Dec 2019 08:44AM

ROME: Juventus pada Jumaat (20 Dis) memuji Cristiano Ronaldo selepas lompatannya yang menakjubkan untuk menjaringkan gol kemenangan ke atas Sampdoria sekali gus membolehkan pasukan Itali itu berada di kedudukan atas Serie A.

Ronaldo, 34 tahun, mengabaikan faktor usia dan graviti apabila beliau melompat tinggi untuk menanduk masuk hantaran Alex Sandro yang dianggap kelab itu "bukan tandukan biasa".

“Ketika beliau melompat ke udara dan kelihatan seperti terapung seketika, Ronaldo mencapai ketinggian menakjubkan 2.56 meter ketika kepalanya menanduk bola,” kata Juventus.

“Beliau melompat 71 sentimeter dari atas tanah untuk gol tandukannya ke-11 sejak menyertai Juventus.”

Gol menakjubkan sebelum tempoh rehat itu meletakkan Juve pada 42 mata, tiga mata mengatasi Inter yang akan bertemu pasukan Genoa esok.

Sebelum ini Ronaldo mencatat ketinggian 2.93 meter ketika menjaringkan gol menentang Manchester United pada tahun 2013 dan 2.61 meter menentang Wales pada tahun 2016.

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan