Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Ronaldinho disahkan positif COVID-19

Bintang bola sepak Brazil Ronaldinho pada Ahad (25 Okt) mengesahkan bahawa beliau dijangkiti COVID-19, lapor agensi berita Anadolu.

Anggaran Waktu Membaca:
Ronaldinho disahkan positif COVID-19

(Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 26 Oct 2020 01:01PM Dikemas Kini : 26 Oct 2020 01:08PM

ISTANBUL: Bintang bola sepak Brazil Ronaldinho pada Ahad (25 Okt) mengesahkan bahawa beliau dijangkiti COVID-19, lapor agensi berita Anadolu.

"Saya menjalani ujian saringan dan didapati positif COVID-19. Saya baik-baik saja, tanpa gejala, tetapi mesti meninggalkan acara. Tidak lama lagi kita akan berjumpa semula," kata Ronaldinho di Instagram.

Ronaldinho akan menjalani kuarantin kendiri di Belo Horizonte, ibu kota Minas Gerais di tenggara Brazil.

Beliau sudah menjaringkan 33 gol dalam 97 perlawanan untuk negaranya antara 1999 dan 2013.

Pemain berusia 40 tahun itu pernah dikurniakan Anugerah Ballon D'or pada 2005.

Beliau bersara daripada bola sepak profesional pada 2018.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan