Images
  • Lewis Hamilton
    Gambar fail Lewis Hamilton. (Gambar: REUTERS/Bernadett Szabo)

Rio de Janeiro batalkan rancangan bina litar F1

RIO DE JANEIRO: Datuk Bandar baru Rio de Janeiro membatalkan rancangan sebelum ini untuk membina sebuah litar lumba Formula One (F1) di bandar itu.

Perancangan itu pernah dikritik oleh johan F1 sebanyak tujuh kali Lewis Hamilton dan juga para pencinta alam sekitar.

Setiausaha Sekitaran Rio, Eduardo Cavaliere pada Isnin (1 Feb) menerusi laman Twitter beliau berkata Datuk Bandar Eduardo Paes, yang menyandang jawatan itu pada bulan lalu, mengarahkan beliau agar membatalkan proses untuk medapatkan lesen sekitaran.

"Kami secara rasmi membatalkan pembinaan Litar Antarabangsa Rio di kawasan hutan Camboata," kata beliau.

Tahun lalu, Hamilton yang merupakan pemandu Mercedes, mengkritik percubaan untuk membina sebuah litar baru, sambil berkata beliau menentang usaha menebang pokok-pokok di hutan.

litar Interlagos di Sao Paolo kemudian bersetuju untuk menandatangani perjanjian untuk memastikan perlumbaan Grand Prix Brazil tetap dalam kalendar F1 sehingga 2025. Perlumbaan tahun lalu dibatalkan disebabkan pandemik COVID-19.

Litar Jacarepagua F1 di Rio sudah dirobohkan untuk memberi laluan kepada kemudahan-kemudahan bagi Olimpik 2016.

Presiden Brazil, Jair Bolsonaro, sebelum ini menyokong sebuah litar yang dibina secara privet.  

- Reuters/NK/nk

Top