Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Rio beri izin penyokong bola sepak masuk stadium 10 Julai

 Wilayah Rio de Janeiro di Brazil akan membenarkan para peminat bola sepak memasuki stadium bermula 10 Julai ini, dengan peringkat awal 30 peratus daripada kapasiti, menurut dekri yang diterbitkan pada Jumaat (26 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
Rio beri izin penyokong bola sepak masuk stadium 10 Julai

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 28 Jun 2020 09:35PM Dikemas Kini : 28 Jun 2020 09:38PM

RIO DE JANEIRO: Wilayah Rio de Janeiro di Brazil akan membenarkan para peminat bola sepak memasuki stadium bermula 10 Julai ini, dengan peringkat awal 30 peratus daripada kapasiti, menurut dekri yang diterbitkan pada Jumaat (26 Jun).

Jumlah itu kemudian akan dinaikkan sehingga ke 66 peratus pada 1 Ogos, sebelum kembali kepada jumlah asal mulai 16 Ogos, menurut dekri yang diterbitkan Jumaat lalu.

Kelonggaran awal yang diberikan mungkin akan menetapkan jarak empat meter persegi bagi setiap penyokong dan tiket hanya akan dijual secara online.

Kejohanan di Rio adalah yang pertama untuk disambung semula di Amerika Selatan, rantau yang teruk dilanda pandemik virus korona.

Liga berkenaan yang terdiri daripada pasukan-pasukan bola sepak profesional kembali beraksi tanpa penonton pada 18 Jun lalu.

Brazil melaporkan jumlah kes jangkitan dan kematian kedua tertinggi di dunia di belakang Amerika Syarikat yang mencatatkan lebih 1.2 juta jangkitan dan lebih 55,000 kematian sejauh ini.

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan