Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Ride for Rainbows kembali dengan format baru; sasar kumpul S$600,000

Acara berbasikal amal Ride For Rainbows anjuran Club Rainbow kembali dengan format baru tahun ini.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Acara berbasikal amal Ride For Rainbows anjuran Club Rainbow kembali dengan format baru tahun ini.

Sempena tahun ke-10 acara itu dianjurkan, para peserta dipelawa "berbasikal sepuas hati" dengan mengayuh basikal sejauh 1km bagi setiap 'hati' yang diraih atau setiap sumbangan derma S$10 yang dikumpul.

Sama seperti tahun lalu, inisiatif itu akan turut diadakan secara maya dan bakal berlangsung dari 8 hingga 31 Oktober kelak, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Club Rainbow pada Jumaat (30 Jul).

Badan bukan untuk meraih keuntungan itu menyasarkan dana sebanyak S$600,000 sambil menyebarkan kesedaran tentang tujuannya untuk menyokong kanak-kanak berpenyakit kronik dan keluarga mereka selain menggalak kehidupan yang aktif melalui kegiatan berbasikal.

Sasaran itu hampir tercapai tahun lalu meskipun buat julung-julung kalinya dianjurkan secara maya angkara pandemik COVID-19.

"Meskipun kami tidak boleh mengadakan acara ini secara fizikal tahun lalu, kami berbesar hati kerana kami tetap menerima sokongan luar biasa daripada masyarakat pengayuh basikal.

"Ramai yang mengalu-alukan acara secara maya yang lebih fleksibel kerana mereka boleh mengayuh basikal mengikut keselesaan dan rentak mereka sendiri. COVID-19 atau tidak, mereka masih bersemangat menyokong matlamat kami," luah Presiden Club Rainbow Dr Sashikumar Ganapathy.

Dengan format baru tahun ini, para peserta diharap "dapat lebih seronok mengumpul 'hati' secara maya sedang mereka mengumpul lebih banyak derma."

Malah para pengayuh basikal boleh mara dari satu peringkat ke satu peringkat yang lain dengan menambah 'hati' yang dikumpul dan pada masa yang sama, meraih lebih banyak ganjaran.

"Dana yang dikumpul akan membolehkan keluarga-keluarga penerima bantuan kami untuk hidup lebih bermaruah, mencapai potensi pembangunan penuh anak-anak mereka dan membimbing mereka untuk mencapai potensi sepenuhnya," tambah Dr Sashikumar.

Para peserta boleh membuat pendaftaran sebagai peserta perseorangan atau secara berpasukan. Setiap peserta boleh mengayuh basikal sejauh 1km dengan satu 'hati' yang dikumpul sehingga maksimum 100km.

Untuk menjamin tempat dalam acara itu, setiap peserta mesti mengumpul 10 'hati' atau mengumpul dana minimum S$100 sebelum 26 September.

Bagi perincian lanjut atau untuk membuat pendaftaran bagi Ride for Rainbows, anda boleh melungsuri laman https://www.rideforrainbows.org/ 

Sumber : BERITA Mediacorp/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan