Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Ribuan rakyat Qatar raikan kemenangan negara dalam Piala Asia

Kemenangan pasukan bola sepak Qatar dalam Piala Asia buat julung-julung kalinya diraikan secara besar-besaran, dengan rakyat negara itu berpesta secara spontan di jalan-jalan raya.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 02 Feb 2019 07:27PM Dikemas Kini : 02 Feb 2019 11:38PM

DOHA: Kemenangan pasukan bola sepak Qatar dalam Piala Asia buat julung-julung kalinya diraikan secara besar-besaran, dengan rakyat negara itu berpesta secara spontan di jalan-jalan raya.

Sebagai sebuah negara kecil yang kaya di Teluk Parsi, Qatar sudah berusaha sejak sekian lama untuk menaikkan statusnya dalam bidang sukan.

Pada Jumaat (1 Feb), pasukan bola sepak Qatar mencatat sejarah bagi negara itu dalam arena sukan tersebut apabila ia berjaya menjulang Piala Asia buat kali pertama.

(Gambar: Roslan Rahman/AFP)

Dalam perlawanan akhir di Abu Dhabi, Qatar menundukkan juara empat kali, iaitu Jepun, dengan keputusan 3-1.

Qatar membuka tirai jaringan pada minit ke-12 menerusi satu percubaan cantik oleh Almoez Ali. Kedudukan Qatar semakin kukuh apabila Abdulaziz Hatem menjaringkan gol kedua pasukannya pada minit ke-27.

Kedudukan 2-0 itu berterusan hingga akhir babak pertama.

Dalam separuh masa kedua, Jepun berjaya merapatkan jurang gol menerusi jaringan Takumi Minamino pada minit ke-69. Ia juga merupakan gol pertama yang membolosi gawang Qatar sepanjang kejohanan kali ini.

Peluang Jepun untuk mengubah keadaan hancur apabila pengadil, selepas melihat rakaman video, memberi Qatar tendangan penalti pada minit ke-80 kerana bola terkena tangan Maya Yoshida.

Pemain pasukan Qatar, Akram Afif, menyempurnakan sepakan penalti itu bagi kemenangan mutlak Qatar 3-1.

(Gambar: Roslan Rahman/AFP)

Qatar mencapai kemenangan besar itu meskipun tanpa kehadiran ramai penyokongnya di dalam stadium menyusuli pertikaian politik dengan negara tuan rumah, Abu Dhabi.

Sebelum ini, Qatar turut membelanjakan berbilion-bilion dolar bagi pelbagai prasarana untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia tahun 2022. Qatar merupakan negara Arab pertama yang bakal menjadi tuan rumah Piala Dunia.

Kejohanan unggul itu juga merupakan salah satu ciri utama dalam rancangan Qatar untuk menampilkan dirinya di arena dunia serta mempelbagaikan ekonominya yang berasaskan daya tenaga. 

Sumber : Reuters/AFP/MU/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan