Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Renang: Schooling gagal layak ke separuh akhir 50m gaya kupu-kupu Kejohanan Dunia FINA

Perenang Singapura Joseph Schooling gagal melayakkan diri bagi separuh akhir acara renang 50 meter gaya kupu-kupu di Kejohanan Renang Dunia FINA di Gwangju, Korea Selatan pada Ahad (21 Jul).

Anggaran Waktu Membaca:
Renang: Schooling gagal layak ke separuh akhir 50m gaya kupu-kupu Kejohanan Dunia FINA

Gambar fail Joseph Schooling beraksi di Sukan Asia 2018 (Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 21 Jul 2019 04:04PM Dikemas Kini : 21 Jul 2019 04:07PM

GWANGJU: Perenang Singapura Joseph Schooling gagal melayakkan diri bagi separuh akhir acara renang 50 meter gaya kupu-kupu di Kejohanan Renang Dunia FINA di Gwangju, Korea Selatan pada Ahad (21 Jul).

Schooling menduduki tempat ketujuh dalam pusingan kelayakannya dan ke-20 secara keseluruhannya dengan masa 23.73 saat.

Conrad Czerniack dari Poland peserta terakhir untuk melayakkan diri dengan catatan masa 23.63 saat.

Perenang Amerika Syarikat Caeleb Dressel dan Andrii Govorov dari Ukraine berkongsi tempat pertama dengan catatan masa 22.84 saat.

Schooling sebelum ini memecahkan rekod Asia di Kejohanan Dunia 2017 di Budapest, dengan catatan 22.93 saat pada separuh akhir dan menduduki tempat kelima pada peringkat akhir.

Dalam acara 4x100m gaya bebas, pasukan lelaki dan wanita kedua-duanya gagal mara ke peringkat akhir meskipun memecah rekod masing-masing di pusingan kelayakan.

Schooling mengetuai pasukan lelaki dianggotai Quah Zheng Wen, Jonathan Tan dan Darren Chua untuk mencatat rekod kebangsaan 3 minit 16.66 saat untuk menamatkan perlumbaan di tempat ke-18 secara keseluruhan.

Rekod sebelum ini dipegang oleh Schooling, Quah, Chua dan Darren Lim di temasya Sukan Asia tahun lalu.

Bagi acara 4x100 gaya bebas wanita pula, Quah Ting Wen, Cherlyn Yeo, Christie Chue dan Quah Jing Wen memecah rekod dengan masa 3 minit 42.11 saat. Mereka mengakhiri perlumbaan di tempat ke-17. 

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan