Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Renang berirama tidak dipertandingkan dalam Sukan SEA tahun ini

Sukan renang berirama atau 'synchronised swimming' tidak akan dipertandingkan dalam Sukan SEA tahun ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 20 Oct 2019 09:21PM Dikemas Kini : 20 Oct 2019 10:30PM

SINGAPURA: Sukan renang berirama atau 'synchronised swimming' tidak akan dipertandingkan dalam Sukan SEA tahun ini.

Namun begitu, ia semakin popular di kalangan penggiat sukan itu di sini.

Bahkan, pada tahun lalu sahaja, jumlah perenang telah meningkat dari 120 ke 170 manakala jumlah kelab sukan itu meningkat kepada lapan iaitu dua kali ganda.

Pasukan renang berirama Singapura telah mengharumkan nama negara dengan merangkul dua pingat emas, dua perak dan dua gangsa di Sukan SEA Kuala Lumpur, dua tahun lalu.

Kejayaan mereka itu telah menarik ramai perenang baru untuk berjinak-jinak dalam sukan itu.

"Ada kanak-kanak yang mungkin tidak tahu kewujudan berenang secara artistik. Mereka lihat itu dan berasa teruja dan mahu berbuat begitu sebelum Sukan SEA dan selepas Sukan SEA, tentunya ada perbezaan. Tahun demi tahun, kami dapat melihat peningkatan pada jumlah perenang yang menyertai pertandingan kebangsaan," kongsi Jurulatih Kebangsaan, Cik Geraldine Navarez.

"Saya sungguh kagum dan berazam untuk menjadi seperti mereka, untuk berlatih dengan gigih, mencapai apa yang mereka capai," ujar Pemenang Pingat Perak, Renang Seirama, Cik Sandra Tay.

Cik Sandra Tay yang pernah menganggotai sebuah pasukan kebangsaan muda berjaya membawa pulang satu pingat perak dan dua pingat gangsa di sebuah pertandingan Asia di Bengaluru, India.

Sebilangan dari mereka mula menyertai sukan ini semuda tujuh tahun, sebagai sebahagian kegiatan ko-kurikular di sekolah.

Namun, untuk menguasai sukan itu bukanlah sesuatu yang mudah.

"Ia adalah sukan yang agak rumit. Anda harus tahu sedikit tentang gimnastik sebab anda diperlukan membuat aksi akrobatik. Anda juga perlu ada latar belakang dalam renang, kenapa kerana anda tidak mahu lemas," menurut Cik Geraldine lagi.

Dengan kelayakan Olimpik 2020 berlangsung hanya enam bulan dari sekarang, pemenang pingat Emas Sukan SEA Debbie Soh dan Miya Yong hanya selangkah saja dari menggapai impian Olimpik mereka.

Sumber : CNA/SY/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan