Real Madrid sahkan Zinedine Zidane positif COVID-19
Jurulatih Real Madrid, Zinedine Zidane disahkan positif COVID-19, demikian diumumkan kelab bola sepak Sepanyol itu pada Jumaat (22 Jan).
MADRID: Jurulatih Real Madrid, Zinedine Zidane disahkan positif COVID-19, demikian diumumkan kelab bola sepak Sepanyol itu pada Jumaat (22 Jan).
Jurulatih Perancis itu mula mengasingkan diri awal bulan ini selepas menjadi kontak rapat individu yang positif COVID-19.
Zidane, diuji negatif ketika itu dan masih dapat mengendalikan pasukannya.
Dia kini tertekan berikutan kekalahan mengejut Real Madrid kepada pasukan divisyen tiga Alcoyano awal minggu ini dan dilaporkan tidak akan hadir bagi perlawanan La Liga menentang Alaves pada Sabtu.
Tugasnya akan diambil alih sementara waktu oleh pembantunya David Bettoni.
Real Madrid kini berada di kedudukan kedua carta La Liga, ketinggalan tujuh mata di belakang pesaingnya, Atletico Madrid, yang masih mempunyai beberapa baki permainan lagi.
Pada awal musim ini, penyerang Real Madrid, Eden Hazard, pemain tengah Casemiro dan pemain pertahanan Eder Militao turut disahkan positif COVID-19.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.