Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Real Madrid kuatkan benteng pertahanan dengan Mendy

Real Madrid mendapatkan khidmat pemain bek kiri Perancis, Ferland Mendy dari Olympique Lyonnais dengan yuran perpindahan bernilai €48 juta (S$74 juta) dalam usaha memperhebatkan pasukan itu untuk musim akan datang.

Anggaran Waktu Membaca:
Real Madrid kuatkan benteng pertahanan dengan Mendy

Real Madrid mengikat kontrak dengan pemain bek kiri Perancis, Ferland Mendy (kanan). (Gambar: AFP/Franck Fife)

Diterbitkan : 13 Jun 2019 09:15AM Dikemas Kini : 13 Jun 2019 09:20AM

MADRID: Real Madrid mendapatkan khidmat pemain bek kiri Perancis, Ferland Mendy dari Olympique Lyonnais dengan yuran perpindahan bernilai €48 juta (S$74 juta) dalam usaha memperhebatkan pasukan itu untuk musim akan datang.

Perpindahan itu yang disahkan oleh kedua-dua kelab melonjakkan perbelanjaan musim panas kelab La Liga itu kepada €300 juta (S$463 juta), sedang ia berusaha untuk bangkit daripada musim 2018-19 yang berakhir tanpa sebarang trofi meskipun tiga jurulatih digajikan dalam tempoh itu.

Real turut mengikat kontrak dengan penyerang Belgium dari Chelsea, Eden Hazard dengan harga €100 juta (S$154 juta) selain penyerang muda Serbia, Luka Jovic dari Eintracht Frankfurt, pemain Brazil, Rodrygo dari Santos dan pemain pertahanan, Eder Militao dari Porto.

Mendy, yang menandatangani kontrak enam tahun menyertai Lyon dari Le Havre pada 2017. Pemain berusia 24 tahun itu mewakili Lyon sebanyak 79 kali termasuk menjaringkan tiga gol dan merintis tujuh peluang untuk jaringan gol.

Beliau beraksi empat kali bersama skuad negara Perancis sejak penampilan sulungnya pada November lalu dalam perlawanan persahabatan menentang Uruguay.

Real Madrid akan membuat bayaran pendahuluan sebanyak €48 juta (S$74 juta) kepada Mendy dengan lagi €5 juta (S$7.7 juta) dalam bentuk bayaran insentif.

Sumber : Reuters/ZM/zm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan