Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Real Madrid, Juventus dan Man City mara ke 16 terakhir Liga Juara-Juara

Juara bertahan Real Madrid dan Juventus adalah antara tujuh pasukan yang mara ke peringkat 16 pasukan terakhir Liga Juara-Juara semalam (27 Nov). Keputusan seri Manchester City selepas gol lewat dari Sergio Aguero di Lyon juga membolehkan kelab bola sepak itu layak ke pusingan seterusnya.

Anggaran Waktu Membaca:
Real Madrid, Juventus dan Man City mara ke 16 terakhir Liga Juara-Juara

Real Madrid, Juventus dan Manchester City berjaya menyertai 16 kelab terakhir bagi Liga Juara-Juara. (Gambar: Andrew Medichini/AP)

Diterbitkan : 28 Nov 2018 10:02AM Dikemas Kini : 28 Nov 2018 10:06AM

PARIS: Juara bertahan Real Madrid dan Juventus adalah antara tujuh pasukan yang mara ke peringkat 16 pasukan terakhir Liga Juara-Juara semalam (27 Nov).

Keputusan seri Manchester City selepas gol lewat dari Sergio Aguero di Lyon juga membolehkan kelab bola sepak itu layak ke pusingan seterusnya.

Bayern Munich mengalahkan Benfica 5-1 untuk turut menempah tempat ke pusingan kalah mati sekaligus mengurangkan tekanan ke atas jurulatih Niko Kovac.

"Ini adalah kemenangan yang meyakinkan dan itulah yang kami perlukan pada masa ini," kata Arjen Robben selepas menjaringkan dua gol.

Roma juga akan bermain dalam pusingan kalah mati meskipun tewas 2-0 di tangan Real Madrid sementara bekas juara Eropah, Ajax menang 2-0 dalam perlawanan menentang AEK Athens untuk layak ke pusingan 16 terakhir.

Sementara itu, gol kemenangan Manchester United yang disumbangkan Marouane Fellaini pada minit ke-91 ketika menentang Young Boys dari Switzerland di Old Trafford membolehkan pasukannya mara ke pusingan seterusnya.

REAL MADRID BANGKIT SEMULA

Bahkan, Real Madrid dan Roma sudah menjamin tempat masing-masing di pusingan kalah mati sebelum Real mencatat kemenangan 2-1 di ibu kota Itali itu. Ini setelah CSKA Moscow tewas 2-1 di tangan Viktoria Plzen di padang sendiri dalam perlawanan Kumpulan G.

Gareth Bale menjaringkan satu gol dan Lucas Vazquez pula menamatkan perlawanan di Stadio Olimpico dengan gol kedua.

"Adalah penting untuk bangkit dengan cepat," kata jurulatih Real Madrid, Santiago Solari. "Kami sangat gembira."

Mario Mandzukic pula membantu Juventus menempah tempat dalam pusingan kalah mati dengan satu gol sedang pasukannya itu menewaskan Valencia 1-0.

Di Lyon, Manchester City meraih kemenangan setelah David Cornet menjaringkan dua gol pada separuh kedua, termasuk satu gol jarak jauh.

Lyon perlu mencatatkan keputusan seri dalam perlawanan dengan Shakhtar Donetsk dalam perlawanan terakhir Kumpulan F pada bulan depan untuk mara ke pusingan kalah mati.

Sementara itu, polis antirushan di Greece yang dilengkapi belantan memasuki Stadium Olimpik di Athens untuk memisahkan para penyokong yang bergaduh sehingga menyebabkan 11 penyokong Ajax cedera.

Keputusan fasa kumpulan Liga Juara-Juara UEFA:

AEK Athens 0 Ajax 2

Bayern Munich 5 Benfica 1

Lyon 2 Manchester City 2

Hoffenheim 2 Shakhtar Donetsk 3

CSKA Moscow 1 Viktoria Plzen 2

Roma 0 Real Madrid 2

Juventus 1 Valencia 0

Manchester United 1 Young Boys 0 

Sumber : AFP/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan