Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Real Madrid akhiri kempen liga dengan kekalahan ke-12

Musim muram Real Madid berakhir dengan satu prestasi buruk pada Ahad (19 Mei) kerana pasukan itu tumpas di tangan Real Betis 0-2. 

Anggaran Waktu Membaca:
Real Madrid akhiri kempen liga dengan kekalahan ke-12

(Gambar: Juan Medina/Reuters)

Diterbitkan : 19 May 2019 11:48PM Dikemas Kini : 19 May 2019 11:51PM

MADRID: Musim muram Real Madid berakhir dengan satu prestasi buruk pada Ahad (19 Mei) kerana pasukan itu tumpas di tangan Real Betis 0-2.

Ramai para peminat pasukan itu malah meninggalkan stadium awal manakala, mereka yang tetap menonton mengejek para pemain Real Madrid.

Dengan Gareth Bale, Toni Kroos dan Thibaut Courtois tidak menyertai perlawanan itu, pemain Betis Loren Moron berjaya menjaringkan gol daripada jarak yang dekat.

Bekas pemain Madrid Jese Rodriguez meraih kemenangan untuk Betis dengan menolak bola masuk ke gawang yang tidak dijaga rapi pada minit ke-75. Real Betis kini menamatkan musim di tangga ke-10.

Madrid menduduki tempat ketiga dengan 68 mata tetapi mencatat jumlah kekalahan paling banyak dalam dua dekad dalam liga Sepanyol. Pasukan bola sepak itu lapan mata di belakang Atletico Madrid dan 18 mata di belakang Barcelona, yang berentap dengan Eibar pada Ahad. 

Sumber : Reuters/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan