Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Rangnick sahut tugas Man Utd menang 1-0 lawan Crystal Palace

Pengurus sementara Manchester United, Ralf Rangnick memulakan tugasan pertama membimbing The Red Devils dengan langkah kanan apabila menjinakkan Crystal Palace 1-0 di Stadium Old Trafford.

Anggaran Waktu Membaca:
Rangnick sahut tugas Man Utd menang 1-0 lawan Crystal Palace

Pengurus sementara Manchester United, Ralf Rangnick, memulakan tugasan pertama membimbing The Red Devils pada 5 Dis. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 06 Dec 2021 07:32AM Dikemas Kini : 06 Dec 2021 07:35AM

MANCHESTER: Pengurus sementara Manchester United, Ralf Rangnick memulakan tugasan pertama membimbing The Red Devils dengan langkah kanan apabila menjinakkan Crystal Palace 1-0 di Stadium Old Trafford.

Bagaimanapun pasukan pimpinan Rangnick itu terpaksa menunggu sehingga ke minit 77 perlawanan hasil jaringan Fred untuk memastikan kemenangan ketujuh United selepas mengharungi 15 perlawanan dan mengumpul 24 mata sejauh ini.

Rangnick dilantik sebagai pengurus sementara selepas Ole Gunnar Solskjaer dipecat bulan lalu, Michael Carrick sebelum itu mengendalikan tiga perlawanan - dua kemenangan dan satu keputusan seri semasa menentang Arsenal, Chelsea dan Villarreal.

Bagaimanapun bekas pemain tengah United itu kemudian mengambil keputusan untuk meninggalkan Old Trafford selepas ketibaan Rangnick.

Rangnick selepas ini akan dibantu oleh Kieran McKenna dan Mike Phelan bagi perlawanan Ahad ini.

Kemenangan United menentang Crystal Palace menyaksikan pasukan itu melonjak ke tangga keenam, tiga mata di belakang West Ham di tangga keempat.

Sementara itu, Tottenham naik ke tangga kelima selepas melakar kemenangan 3-0 ke atas Norwich City, manakala Leeds United pula terikat 2-2 dalam perlawanan menentang Brentford.

Sumber : AFP/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan