Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Quah Ting Wen, Shanti Pereira wakili S'pura dalam Sukan Olimpik Tokyo

Lagi dua atlit akan menyertai kontinjen Singapura dalam di Tokyo pada Jumaat (2 Jul) selepas perenang Quah Ting Wen dan pelari pecut Shanti Pereira mendapat tempat melalui peraturan kesejagatan Sukan Olimpik.

Anggaran Waktu Membaca:
Quah Ting Wen, Shanti Pereira wakili S'pura dalam Sukan Olimpik Tokyo

(Gambar: Facebook/SA, SNOC)

Diterbitkan : 03 Jul 2021 10:41AM Dikemas Kini : 03 Jul 2021 10:45AM

SINGAPURA: Lagi dua atlit akan menyertai kontinjen Singapura dalam di Tokyo pada Jumaat (2 Jul) selepas perenang Quah Ting Wen dan pelari pecut Shanti Pereira mendapat tempat melalui peraturan kesejagatan Sukan Olimpik.

Quah "layak kerana menjadi atlet yang berada dalam kedudukan tertinggi berdasarkan Jadual Mata FINA yang diperolehi menjelang Jun 2021," menurut Persatuan Renang Singapura (SSA) dalam satu kenyataan.

"Matanya diambil menerusi acara gaya bebas 50 meter dan 100 meter," menurut SSA.

Dalam satu catatan Facebook, Persatuan Atletik Singapura menyatakan Pereira "dipilih sebagai calon kemasukan kesejagatan mengikut kriteria pemilihan SAA".

"Shanti Pereira akan bertanding dalam acara larian pecut 200 meter wanita," menurut SSAA.

Sukan Olimpik Tokyo adalah yang ketiga bagi Quah, selepas Beijing pada 2008 dan Rio pada 2016. Sukan tahun ini adalah yang pertama bagi Pereira.

Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia Edwin Tong mengucapkan selamat maju jaya kepada Quah dan Pereira menerusi satu catatan Facebook pada Jumaat.

"Sangat gembira untuk berkongsi bahawa kedua-dua ratu renang Quah Ting Wen dan pelari pecut Shanti Pereira kami akan beraksi di Olimpik," katanya.

Sebagai atlet dengan menduduki tangga tertinggi FINA, Ting Wen menerima slot kesejagatan.
FINA yang dianugerahkan untuk Sukan Olimpik.Pencapaian Ting Wen sudah tidak asing lagi bagi kami. Bukan sahaja beliau salah seorang atlet veteran Olimpik kami, beliau telah memenangi banyak anugerah dan memegang enam rekod kebangsaan.

"Begitu juga bagi Shanti yang dipilih sebagai calon penyertaan kesejagatan mengikut kriteria pemilihan Persatuan Atletik Singapura sebagai atlit dengan kedudukan tertinggi di Singapura. Beliau kini memegang rekod kebangsaan bagi acara 200 meter dengan masa 23.60 saat dan akan bertanding dalam acara 200 meter wanita.

"Selamat maju jaya kepada kamu berdua! Kibarkan bendera Singapura dengan penuh sara bangga!"

Sukan Olimpik Tokyo akan berlangsung dari 23 Julai hingga 8 Ogos.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan