Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Qatar tuan rumah Zon Timur Liga Juara-Juara AFC

 Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) hari ini (9 Okt) mengesahkan pusingan Zon Timur bagi kejohanan Liga Juara-Juara AFC akan diadakan di Doha, Qatar dari 18 Nov hingga 13 Dis ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Qatar tuan rumah Zon Timur Liga Juara-Juara AFC

(Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 09 Oct 2020 08:35PM Dikemas Kini : 09 Oct 2020 08:40PM

KUALA LUMPUR: Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) hari ini (9 Okt) mengesahkan pusingan Zon Timur bagi kejohanan Liga Juara-Juara AFC akan diadakan di Doha, Qatar dari 18 Nov hingga 13 Dis ini.

Ini menyusuli kejayaan Qatar dalam menganjurkan pusingan Zon Barat kejohanan itu dari 14 Sep hingga 3 Okt lalu yang menyaksikan juara liga Iran, Persepolis FC menang dan menempah tempat ke pusingan akhir Liga Juara-Juara AFC pada Disember.

"Saya gembira, menerusi perancangan dan pelaksanaan protokol yang sangat ketat dan berkesan, kami dapat menganjurkan Liga Juara-Juara AFC dengan jayanya di sebalik cabaran besar yang tidak pernah dialami sebelum ini, seperti yang kami janjikan kepada pihak berkepentingan.

"Kami amat berterima kasih atas sokongan luar biasa QFA (Persatuan Bola Sepak Qatar) dan gembira kerana dapat menyusun langkah seterusnya berdasarkan kejayaan penganjuran Liga Juara-Juara AFC (Zon Barat) sambil menyaksikan perlawanan menarik yang masih berbaki dalam saingan kelab-kelab utama Asia,” kata Setiausaha Agung AFC Encik Windsor Paul John dalam kenyataan hari ini.

Beliau turut menegaskan kebajikan dan kesejahteraan pemain, pegawai serta pegawai perlawanan akan menjadi keutamaan AFC sepanjang kejohanan itu.

"Bermula daripada ketibaan pasukan, proses imigresen yang cekap, saringan kesihatan yang ketat, hotel yang dipersiapkan dengan langkah-langkah keselamatan biologi hinggalah kemudahan latihan dan stadium yang canggih, semuanya berpiawaian tinggi," katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung QFA Mansoor Alansari berkata: "Kami sangat gembira dapat menyediakan persekitaran yang selamat untuk AFC menyudahkan saingan Liga Juara-Juara AFC dan bersedia menjadi tuan rumah kepada kelab-kelab terkemuka dari Zon Timur pada November dan Disember ini.”

Saingan Zon Timur Liga Juara-Juara AFC akan bersambung pada peringkat kumpulan dan diteruskan ke pusingan 16 pasukan hingga suku akhir dan separuh akhir. 

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan