Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Qatar juara Piala Asia setelah tundukkan Jepun 3-1

Qatar membuat kejutan dengan mengalahkan Jepun - juara empat kali Piala Asia - 3-1 untuk memenangi kejuaraan Piala Asia buat kali pertama dalam pertarungan akhir hari ini (1 Feb).

Anggaran Waktu Membaca:
Qatar juara Piala Asia setelah tundukkan Jepun 3-1

Pemain penyerang Qatar Almoez Ali menjaringkan gol dengan tendangan akrobatik pada minit ke-12. (Gambar: AP/Hassan Ammar)

Diterbitkan : 02 Feb 2019 12:16AM Dikemas Kini : 02 Feb 2019 12:19AM

ABU DHABI: Qatar membuat kejutan dengan mengalahkan Jepun - juara empat kali Piala Asia - 3-1 untuk memenangi kejuaraan Piala Asia buat kali pertama dalam pertarungan akhir hari ini (1 Feb).

Kejayaan ini dicapai tiga tahun sebelum negara teluk itu dijadual menjadi hos kejohanan Piala Dunia pada 2022.

Pemain penyerang Qatar Almoez Ali menjaringkan gol dengan tendangan akrobatik pada minit ke-12 ketika perlawanan akhir Piala Asia menentang Jepun.

Pemain kelahiran Sudan, 22 tahun dan rakan sepasukannya Bassam Al Rawi menjadi bahan tunjuk perasaan oleh Amiriah Arab Bersatu (UAE) berhubung kelayakan mereka mewakili Qatar, yang diketepikan oleh Persekutuan Bola Sepak Asia (AFC) beberapa jam sebelum perlawanan itu bermula.

Jaringan gol Ali bersama-sama gol daripada Abdulaziz Hatem pada minit ke-27 membolehkan Qatar mendahului 2-0 pada separuh masa pertama di Stadium Bandar Sukan Zayed.

Jepun berjaya merapatkan jurang gol apabila ia membalas serangan pada minit ke-69 menerusi Minamino untuk menjadikan kedudukan 2-1.

Bagaimanapun tendangan penalti Afif pada minit ke-83 memastikan Qatar mendapat kemenangan mutlak 3-1. 

Sumber : Reuters/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan