Images
  • tiger woods accident car
    Kereta Tiger Woods yang remuk susuli kemalangna pada 23 Feb 2021 (Gambar: AP/Ringo HW Chiu)

Punca kemalangan Tiger Woods dikenal pasti

NEW YORK: Laporan terperinci mengenai kemalangan membabitkan pemain golf terkemuka Tiger Woods hanya akan didedahkan jika bekas pemain Nombor Satu dunia itu memberi kebenaran kepada polis untuk berbuat demikian.

Punca kemalangan sudah dikenal pasti dan siasatan juga sudah ditamatkan, kata pegawai polis daerah Los Angeles, Alex Villanueva.

Woods, 45 tahun, memerlukan pembedahan pada kaki kanan dan pergelangan kaki menyusuli nahas pada 23 Februari lalu.

"Kami telah meneliti kandungan kotak hitam kereta terbabit dan siasatan telah ditamatkan.

"Namun kami tidak boleh mendedahkan laporan tersebut tanpa persetujuan individu yang terlibat dalam insiden berkenaan," kata Villanueva kepada portal berita BBC.

Dalam kejadian itu, Woods ditemui tidak sedarkan diri dan muka serta dagunya berlumuran darah.

Polis Los Angeles berkata, tiada bukti Woods di bawah pengaruh alkohol atau dadah ketika itu.

Tambah Villanueva, pihak polis sudah memaklumkan perkara berkenaan kepada Woods dan pembantu peribadinya namun mereka masih menunggu jawapan.

"Kami akan meminta beliau memberi kebenaran untuk mendedahkan laporan tersebut," jelasnya lagi.

- Agensi berita/HA/ha

Top