Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

PSG menang mudah 3-0 ke atas Nimes tanpa Neymar

Barisan pemain bintang Paris St Germain menang selesa tanpa Neyrmar apabila Edinson Cavani, Kylian Mbappe dan pemain gantian Angel Di Maria menjaringkan gol untuk menghasilkan kemenangan 3-0 ke atas Nimes pada perlawanan pembukaan Ligue 1 PSG pada Ahad (11 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:
PSG menang mudah 3-0 ke atas Nimes tanpa Neymar

Edinson Cavani jaringkan gol pertama PSG dalam perlawanan menentang Nimes pada 11 Ogos (Gambar: Reuters/Philippe Wojazer)

Diterbitkan : 12 Aug 2019 11:23AM Dikemas Kini : 12 Aug 2019 11:30AM

PARIS: Barisan pemain bintang Paris St Germain menang selesa tanpa Neymar apabila Edinson Cavani, Kylian Mbappe dan pemain gantian Angel Di Maria menjaringkan gol untuk menghasilkan kemenangan 3-0 ke atas Nimes pada perlawanan pembukaan Ligue 1 PSG pada Ahad (11 Ogos).

Pasukan juara itu tidak menyertakan Neymar sedang pemain bahagian hadapan 27 tahun dari Brazil itu terus dikaitkan dengan pemindahan keluar dari ibu kota Perancis. Para penyokong PSG dilihat mengibarkan sepanduk memaparkan mesej-mesej menunjukkan rasa tidak puas hati terhadapnya.

PSG diberikan tendangan penalti selepas penilaian VAR oleh pengadil memutuskan pemain pertahanan Nimes, Pablo Martinez menyentuh bola.

Para pemain dan jurulatih Nimes membantah keputusan itu kerana permainan dibenarkan untuk diteruskan lebih seminit sebelum pengadil menilai insiden tersebut. Cavani bagaimanapun memanfaatkan penalti yang diberikan dan menjaringkan gol pada minit ke-24.

Mbappe merapatkan jurang gol 11 minit selepas separuh masa kedua bermula, manakala pemain dari Argentina, Di Maria menjaringkan gol pada minit ke-69.

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan