Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

PSG disiasat atas dakwaan kelong; mungkin dikenakan denda lebih berat

Paris Saint-Germain mungkin dikenakan sekatan oleh UEFA selepas badan pentadbiran bola sepak Eropah itu menyatakan bahawa ia akan melancarkan siasatan berhubung rusuhan yang dicetuskan para penonton ketika perlawanan Liga Juara-Juara Eropah menentang pasukan Red Star Belgrade baru-baru ini.

Anggaran Waktu Membaca:
PSG disiasat atas dakwaan kelong; mungkin dikenakan denda lebih berat

Para penyokong Paris Saint-Germain didakwa membakar mercun dalam perlawanan Ligue 1. (Gambar: Pascal Rossignol/Reuters)

Diterbitkan : 19 Oct 2018 11:19PM Dikemas Kini : 19 Oct 2018 11:22PM

PARIS: Paris Saint-Germain (PSG) mungkin dikenakan sekatan oleh UEFA selepas badan pentadbiran bola sepak Eropah itu menyatakan pada Khamis (18 Okt) bahawa ia akan melancarkan siasatan berhubung rusuhan yang dicetuskan para penonton ketika perlawanan Liga Juara-Juara Eropah menentang pasukan Red Star Belgrade baru-baru ini.

Dalam perlawanan yang PSG menang 6-1 di Parc des Princes, juara Liga Perancis itu turut disiasat atas dakwaan kelong. Pegawai kanan Red Star Belgrade dipercayai membuat taruhan berjuta-juta euro supaya pasukannya tewas dengan lima jaringan.

Para penyokong pendahulu Ligue 1 itu didakwa membakar mercun dan menyalakan suar dalam perlawanan tersebut. Pasukan itu juga didenda 20,000 euro (S$31,600) kerana menyebabkan perlawanan tertangguh gara-gara gangguan para penyokong mereka.

PSG mungkin dikenakan denda lebih berat kali ini jika didapati bersalah.

Jurulatih PSG Thomas Tucel juga diberikan amaran oleh UEFA kerana sengaja melengah-lengahkan perlawanan.

Selain insiden yang berlaku di Parc des Princes, pergaduhan turut tercetus antara para penyokong dan polis di luar stadium selepas perlawanan tersebut.  

Sumber : AFP/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan