PSG ancam ambil tindakan selepas Neymar 'ponteng' latihan
Juara Liga Bola Sepak Perancis, Paris St Germain (PSG), mengancam akan mengambil tindakan terhadap Neymar selepas kapten pasukan Brazil itu gagal menghadiri latihan pada Isnin (8 Jul).
PARIS: Juara Liga Bola Sepak Perancis, Paris St Germain (PSG), mengancam akan mengambil tindakan terhadap Neymar selepas kapten pasukan Brazil itu gagal menghadiri latihan pada Isnin (8 Jul).
Bintang Brazil berusia 27 tahun itu dilaporkan sedang mengintai peluang untuk kembali ke pangkuan pasukan lamanya, Barcelona, dan presiden gergasi bola sepak Sepanyol itu, Josep Maria Bartomeu ada mengatakan pada minggu lalu bahawa Neymar berhasrat untuk meninggalkan PSG dan kembali menyarung jersi Barcelona.
Bartomeu turut mendedahkan bahawa PSG sebenarnya keberatan untuk melepaskan pemain tersebut.
Neymar menyertai PSG dari Barcelona dengan yuran perpindahan bernilai €222 juta (S$338.7 juta) pada 2017.
"Pada Isnin, 8 Julai, Neymar dijadual menjalani latihan pra-musim dengan pasukan kami," menurut PSG dalam satu kenyataan yang dimuat naik ke lamannya.
"PSG dimaklumkan bahawa Neymar tidak menghadiri latihan seperti yang ditetapkan. Ini berlaku tanpa keizinan pihak kelab kami. Kami kecewa dengan perkembangan ini dan akan mengambil tindakan yang sewajarnya."
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.