Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Promosi masakan Malaysia semasa Sukan Asia 2018

Beri pilihan makanan kepada peminat sukan Malaysia yang berada di Jakarta, juga mempromosi masakan Malaysia kepada warga Indonesia dan seluruh peminat sukan dari Asia

Anggaran Waktu Membaca:
Promosi masakan Malaysia semasa Sukan Asia 2018

(Gambar hiasan: MANAN VATSYAYANA/AFP)

Diterbitkan : 09 Aug 2018 06:37PM Dikemas Kini : 09 Aug 2018 06:41PM

JAKARTA: Jabatan Pelancongan Malaysia di Indonesia akan mengadakan program masakan Malaysia atau ‘Taste of Malaysia’ di beberapa hotel dan lokasi di Jakarta, semasa berlangsungnya temasya Sukan Asia 2018, lapor Bernama.

Pengarahnya, Roslan Othman berkata bahawa program masakan Malaysia itu bukan sahaja memberi pilihan makanan kepada peminat sukan Malaysia yang berada di Jakarta, tetapi juga dapat mempromosikan masakan Malaysia kepada warga Indonesia dan seluruh peminat sukan dari Asia.

"Program masakan Malaysia itu akan diadakan di lima buah hotel dan tempat-tempat terpilih di Jakarta sepanjang Sukan Asia itu berlangsung dari 18 Ogos hingga 2 Sept ini, " kata beliau kepada pihak media selepas perasmian ‘Taste of Malaysia’ di Hotel Sahira, di Bogor, Indonesia.

Menurut laporan Bernama itu, Perasmian ‘Taste of Malaysia’ di hotel tersebut dirasmikan Timbalan Duta Besar Malaysia di Indonesia, Zamshari Shaharan.

Bernama memetik Encik Zamshari sebagai berkata bahawa hubungan kepimpinan kedua-dua negara yang baik perlu diterjemahkan juga di kalangan rakyat kedua-dua negara, antaranya menerusi program masakan dan makanan.

"Program Taste of Malaysia ini misalnya akan dapat meningkatkan lagi hubungan rakyat Malaysia dan Indonesia apabila kita sama-sama berkongsi cita rasa makanan," kata beliau.

Pengurus Besar Hotel Sahira, Ibrahim Ishak berkata program itu adalah kerjasama bersama Hotel Adya Langkawi, yang membawa dua cefnya bagi menyediakan masakan Malaysia, bermula semalam (7 Ogos) hingga 15 Ogos ini.

Antara 40 masakan popular dan tradisonal Malaysia ialah laksa Kedah, nasi ulam, laksa Johor, nasi dagang, masak lemak cili api dan mi udang.

Sumber : Bernama/HS/hs
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan