Images
  • ahmad ismail
    Presiden Persatuan Sepak Takraw M'sia Ahmad Ismail. (Gambar: BERNAMA)

Presiden Persatuan Sepak Takraw M'sia mungkin digantung ASTAF seumur hidup

KUALA LUMPUR: Presiden Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) Ahmad Ismail mungkin akan digantung seumur hidup daripada terlibat dengan sebarang kegiatan sepak takraw seandainya didapati bersalah kerana menjatuhkan reputasi Persekutuan Sepak Takraw Asia (ASTAF).

Presiden ASTAF Abdul Halim Kader menjelaskan Ahmad Ismail tidak dibenarkan memegang sebarang jawatan dalam persatuan tersebut sehingga kes perbicaraannya selesai, lapor Astro Awani.

Ahmad diberi tempoh 14 hari untuk membalas berkenaan hukumannya sebelum ASTAF membuat keputusan ke atas keempat-empat pertuduhan yang dikenakan.

Atas tuduhan-tuduhan itu, Ahmad boleh digantung buat satu tempoh masa, digugurkan keahliannya, didenda, digantung seumur hidup atau kombinasi beberapa hukuman sekiranya disabit kesalahan, lapor Astro Awani.

Antara lainnya, Ahmad turut dituduh melanggar artikel 5.5. menerusi kenyataan bertulis pada 24 Februari kepada Majlis Olimpik Asia (OCA) dan Jawatankuasa Olimpik Antarbangsa (IOC) untuk mendapatkan campur tangan kedua-dua badan itu dalam sesi pemilihan Kongres ASTAF pada 1 Mac lalu.

Beliau mendakwa terdapat penipuan semasa kongres berlangsung setelah beliau dan beberapa calon PSM lain gagal menyandang jawatan.

- Agensi berita/TQ/tq

Top