Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Presiden Olimpik Tokyo 2020 letak jawatan berhubung komen seksis: Laporan

Yoshiro Mori, presiden jawatankuasa penganjur Olimpik Tokyo 2020, dijangka akan meletak jawatan setelah membuat kenyataan seksis bahawa wanita terlalu banyak bercakap, lapor Fuji News Network pada Khamis (11 Feb).

Anggaran Waktu Membaca:
Presiden Olimpik Tokyo 2020 letak jawatan berhubung komen seksis: Laporan

Gambar fail Presiden Jawatankuasa Olimpik Tokyo 2020 Yoshiro Mori semasa satu sidang media pada Feb 2021 (Gambar: Kim Kyung-hoon/AP)

Diterbitkan : 11 Feb 2021 05:45PM Dikemas Kini : 11 Feb 2021 05:48PM

TOKYO: Yoshiro Mori, presiden jawatankuasa penganjur Olimpik Tokyo 2020, dijangka akan meletak jawatan setelah membuat kenyataan seksis bahawa wanita terlalu banyak bercakap, lapor Fuji News Network pada Khamis (11 Feb).

Komen-komen itu yang dibuat dalam mesyuarat lembaga Jawatankuasa Olimpik Jepun pada minggu pertama Februari, mencetuskan kekecohan di dalam dan luar negara dan mungkin menjadi hambatan terbaru bagi Temasya Sukan Musim Panas 2020, yang sudahpun ditunda setahun kerana pandemik COVID-19.

Semasa satu sidang akhbar yang diadakan secara tergesa-gesa pada 4 Februari, Encik Mori, 83, menarik balik komennya dan berkata ia "tidak sesuai" dan bertentangan dengan semangat Olimpik, namun ketika itu beliau enggan meletak jawatan.

Seorang bekas perdana menteri yang tempoh pentadbirannya dicemari keterlanjuran kata dan kesilapan, komen Encik Mori mencetuskan kritikan hebat di media sosial dan di parlimen, dengan anggota parlimen pembangkang menuntut beliau meletak jawatan.

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan