Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Presiden Halimah tidak hadir Olimpik Tokyo ekoran 'sekatan perjalanan' COVID-19

Presiden Halimah Yacob tidak akan menghadiri Sukan Olimpik Tokyo bulan ini kerana "sekatan perjalanan" COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 01 Jul 2021 07:07PM Dikemas Kini : 01 Jul 2021 10:02PM

SINGAPURA: Presiden Halimah Yacob tidak akan menghadiri Sukan Olimpik Tokyo bulan ini kerana "sekatan perjalanan" COVID-19.

"Kalau boleh saya mahu pergi ke Tokyo akhir bulan ini untuk menyokong TeamSG, tetapi sekatan perjalanan COVID-19 sekarang menyukarkan saya untuk berbuat demikian," kata Puan Halimah dalam catatan Facebook pada Khamis (1 Jul).

"Meskipun kita tidak dapat menyokong mereka secara fizikal di Tokyo kerana sekatan perjalanan COVID-19, atlit kita boleh yakin, kita sentiasa menyokong #OneTeamSG."

Awal hari ini, Puan Halimah, dengan diiringi Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia Edwin Tong bertemu beberapa atlit yang bakal mewakili Singapura di temasya tersebut, termasuk pemain badminton Yeo Jia Min dan Loh Kean Yew, serta atlit lawan pedang Kiria Tikanah Abdul Rahman.

"Atlit Team Singapore kita, termasuk atlit paralimpik negara sudah berlatih dengan bersungguh-sungguh dan tetap fokus walaupun terdapat banyak ketidakpastian dan cabaran yang timbul akibat pandemik COVID-19, dari jadual latihan yang terganggu hingga pelbagai sekatan perjalanan," kata Presiden Halimah.

"Tetapi mereka tetap gigih dan terus berlatih keras supaya dapat mengharumkan nama Singapura. Dedikasi dan iltizam mereka amat terpuji."

Setakat ini, 21 atlit Singapura dalam 10 acara sukan telah melayakkan diri ke temasya tersebut.

Olimpik Tokyo, yang awalnya dijadualkan bermula pada Julai tahun lalu, ditunda akibat pandemik COVID-19. Sukan tersebut akan membuka tirai pada 23 Julai.

Sebagai rangkaian Olimpik Singapura, Mediacorp akan membawakan kepada anda liputan paling meluas Tokyo 2020. Lungsuri mediacorp.sg/tokyo2020 bagi perincian lanjut. 

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan