Images
  • FIFA
    Logo FIFA. (Gambar: Arnd Wiegmann/Reuters)

Presiden FIFA beri jaminan penyokong wanita boleh tonton perlawanan antarabangsa di Iran

TURIN, ITALI: Presiden FIFA Gianni Infantino memberi jaminan golongan wanita boleh menonton perlawanan bola sepak antarabangsa yang bakal berlangsung di Iran pada bulan depan.

Ini selepas FIFA mengutuskan wakilnya ke Iran untuk mendesak mereka agar memberikan wanita kebebasan memasuki stadium menyusuli insiden seorang wanita membunuh diri selepas ditangkap gara-gara cuba masuk stadium bola sepak.

Berucap di satu sidang media hari ini (22 Sep), Infantino memberi jaminan larangan terhadap wanita yang dikuatkuasakan sejak 1981 di Iran itu akan dimansuhkan.

FIFA juga menyatakan bahawa pihaknya akan bekerjasama dengan pertubuhan bola sepak Iran untuk melakarkan rancangan bagi golongan wanita untuk menghadiri perlawanan dalam negeri di Liga Iran juga 

- Agensi berita/AQ/na

Top