Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Polis sahkan identiti mayat dalam bangkai pesawat sebagai pemain bola sepak Sala

Mayat yang ditemui oleh penyiasat dari Britain dalam bangkai pesawat yang terjunam ke dalam Selat Inggeris dikenal pasti sebagai pemain bola sepak, Emiliano Sala, kata polis pada Khamis (7 Feb).

Anggaran Waktu Membaca:
Polis sahkan identiti mayat dalam bangkai pesawat sebagai pemain bola sepak Sala

Para peminat memberi penghormatan terakhir kepada pemain bola sepak kesayangan mereka. (Gambar fail: Stephane Mahe/Reuters)

Diterbitkan : 08 Feb 2019 08:57AM Dikemas Kini : 08 Feb 2019 08:59AM

LONDON: Mayat yang ditemui oleh penyiasat dari Britain dalam bangkai pesawat yang terjunam ke dalam Selat Inggeris dikenal pasti sebagai pemain bola sepak, Emiliano Sala, kata polis pada Khamis (7 Feb).

Mayat penyerang warga Argentina itu kali pertama dikesan melalui kenderaan kawalan jauh (ROV) Ahad lalu, berhampiran pesawat berkenaan dilaporkan hilang berdekatan kepulauan Guernsey di Britain.

Ia dikeluarkan semalam dan dibawa ke Isle of Portland di selatan England menggunakan kapal Geo Ocean III untuk dikenal pasti secara formal oleh para koroner.

“Mayat yang dibawa ke Pelabuhan Portland hari ini sudah dikenal pasti secara formal … sebagai pemain bola sepak profesional Emiliano Sala,” kata polis di Dorset, wilayah di mana mayat berkenaan dibawa.

“Keluarga Encik Sala dan juruterbang David Ibbotson sudah dimaklumkan. Ingatan kami tetap bersama mereka semua,” kata polis.

Cawangan Siasatan Kemalangan Udara Britain (AAIB), yang menemui mayat berkenaan menyatakan cuaca buruk di laluan kapal yang sibuk menyebabkan mereka gagal mengeluarkan pesawat berkenaan dan operasi terpaksa ditamatkan.

Pemain bola sepak 28 tahun itu sedang dalam perjalanan untuk menyertai pasukan barunya di Liga Perdana Inggeris, Cardiff City dengan menaiki pesawat tersebut yang kemudian hilang berhampiran Guernsey pada 21 Januari, bersama juruterbang Ibbotson berusia 59 tahun.

"Dalam keadaan mencabar, AAIB dan kontraktor pakar berjaya mengeluarkan mayat yang sebelum ini dilihat dalam bangkai pesawat," kata AAIB pada Rabu (6 Feb).

"Operasi dijalankan dengan sepenuh rasa hormat."

Namun ia menambah: "Cuaca diramalkan buruk untuk jangka masa ini dan kerana itu kami membuat keputusan sukar untuk menamatkan keseluruhan operasi".

AAIB menyatakan rakaman video oleh kenderaan kawalan jauh dijangka "menyediakan bukti penting bagi siasatan keselamatan kami," sambil menambah bahawa ia merancang untuk menerbitkan laporan tentang kemalangan itu lewat bulan ini. 

Sumber : AFP/EM/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan