Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Pogba tidak akan berganjak dari Man United, tegas Solskjaer

 Ole Gunnar Solskjaer menegaskan Paul Pogba tidak akan meninggalkan Manchester United walaupun Real Madrid kembali berminat mendapatkan khidmatnya, lapor The Guardian.

Anggaran Waktu Membaca:
Pogba tidak akan berganjak dari Man United, tegas Solskjaer

Paul Pogba. (Gambar: Glyn Kirk/ AFP)

Diterbitkan : 22 Sep 2019 07:29PM Dikemas Kini : 22 Sep 2019 07:31PM

UNITED KINGDOM: Ole Gunnar Solskjaer menegaskan Paul Pogba tidak akan meninggalkan Manchester United walaupun Real Madrid kembali berminat mendapatkan khidmatnya, lapor The Guardian.

Pogba dilaporkan sebagai sasaran utama Real namun gagal mengikat pemenang Piala Dunia berkenaan.

Skuad kendalian Zinedine Zidane itu bagaimanapun menghadapi permulaan yang terumbang-ambing sejak permulaan musim ini sementara presiden kelab, Florentino Perez, memberikan bayangan mungkin akan mendapatkan Pogba Januari depan.

Pemain midfield itu, yang mengalami hubungan bermasalah dengan bekas pengurus United, Jose Mourinho, kini diketepikan akibat kecederaan yang dialami.

Namun, Solskjaer mengulangi komitmen Pogba kepada Old Trafford meskipun pemain berusia 26 tahun itu berkata beliau mahukan cabaran baru pada penghujung musim 2018-19.

Ejen Pogba, Mino Raiola, dikatakan sedang berusaha untuk mendapatkan pemindahan untuk beliau tetapi Solskjaer yakin United akan memastikan pemain itu tidak akan mengundurkan diri daripada England.

"Saya tidak mahu mendengar kata-kata presiden Real Madrid," kata Solskjaer.

"Pogba tidak akan berganjak ke mana-mana, beliau sedang berlatih dengan gigih di sini dan masih lagi komited kepada Manchester United," tambah Solskjaer seperti ditukil The Guardian.

"Saya tidak bimbang kerana yakin beliau akan terus bersama kami walaupun Real kembali berminat mendapatkan Pogba.

"Pogba tidak akan ke mana-mana, beliau gembira beraksi di sini."

Mentaliti Pogba kerap kali dipersoalkan sejak beliau kembali ke Old Trafford dari Juventus pada 2016 tetapi Solskjaer berpandangan bahawa pemain tengah itu sesuai dengan pasukannya.

"Anda memerlukan perwatakan yang besar untuk bermain dengan United dan Pogba memilikinya. Dia sentiasa hadir dalam setiap perlawanan dengan penuh keyakinan dan ia meningkatkan semangat pasukan," katanya lagi 

Sumber : Agensi berita/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan