Images
  • tottenham (1)
    Pengurus Tottenham Mauricio Pochettino bersama Harry Kane. (Gambar: Oli Scarff/AFP)

Pochettino tuntut pemain Spurs konsisten

LIVERPOOL: Pengurus Tottenham Hotspur, Mauricio Pochettino yakin pasukannya mampu mencabar kejuaraan Liga Perdana England musim ini jika mereka terus konsisten dalam perlawanan - satu kekurangan mereka sebelum ini.

Spurs yang kini menduduki tangga ketiga liga mampamerkan prestasi menakjubkan apabila membelasah Everton 6-2 di Goodison Park awal pagi Ahad (23 Dis) sekali gus hanya ketinggalan dua mata di belakang penghuni tangga kedua, Manchester City.

Pasukan itu juga hanya dibezakan enam mata di belakang pendahulu liga, Liverpool.

Prestasi cemerlang Spurs membuka ruang untuk mereka menyertai Liverpool dan City mencabar kejuaraan liga musim ini.

“Tidak, saya percaya Liverpool dan City masih kekal sebagai pasukan pilihan bagi menjuarai liga. Kami antara pesaingnya tetapi (begitu juga) Chelsea, Arsenal dan Manchester United.

“Saya fikir, perjalanan kami masih jauh untuk saya mengatakan kami adalah pencabar utama. Dalam bola sepak, apa yang paling penting adalah bermain secara konsisten.

“Jika kami boleh kekal konsisten dan bermain seperti mana kami tunjukkan malam ini (awal pagi tadi) saya fikir kami boleh menjadi pencabar kejuaraan liga tetapi perjalanan masih jauh,” kata Pochettino.

Harry Kane dan Son Heung-ming masing-masing menjaringkan dua gol sebagai reaksi selepas ketinggalan 0-1 dan Pochettino berkata anak buahnya perlu menghasilkan keputusan seperti itu sepanjang kempen musim ini jika mahu mengatasi dua pasukan teratas liga.

“Kini, kami semakin hampir tetapi kami perlu berhati-hati, fokus satu demi satu perlawanan.

“Perjalanan masih jauh dan kami perlu kekal konsisten,” kata pengurus dari Argentina itu yang berjaya membawa Spurs menamatkan saingan dalam kelompok tiga teratas liga sepanjang tiga musim yang lalu.

“Bermain dalam empat kejohanan sudah pasti bukan mudah tetapi kami cuba yang terbaik. Kami perlu sentiasa memikirkan mengenai perlawanan seterusnya dan berada dalam keadaan terbaik untuk mencapai kehebatan besar.”

Spurs dijangka tidak berdepan masalah mengharungi aksi pada musim perayaan apabila melayan kunjungan Bournemouth untuk aksi ‘Boxing Day’ sebelum bertemu Wolverhamtpton Wanderers pada 29 Disember ini.

Mereka kemudiannya akan bertemu Cardiff City pada tahun baru.  

- Reuters/EM/aq

Top