Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

PM Jepun ikrar teruskan persiapan Sukan Olimpik Tokyo meski kes COVID-19 terus naik

Perdana Menteri Jepun Yoshihide Suga hari ini (18 Jan) berikrar untuk meneruskan persiapan bagi menganjurkan acara Sukan Olimpik di Tokyo pada musim panas ini nanti.

Anggaran Waktu Membaca:
PM Jepun ikrar teruskan persiapan Sukan Olimpik Tokyo meski kes COVID-19 terus naik

Lambang Sukan Olimpik Tokyo 2020 di Jepun (Gambar: REUTERS/Issei Kato)

Diterbitkan : 18 Jan 2021 04:28PM Dikemas Kini : 18 Jan 2021 04:29PM

JEPUN: Perdana Menteri Jepun Yoshihide Suga hari ini (18 Jan) berikrar untuk meneruskan persiapan bagi menganjurkan acara Sukan Olimpik di Tokyo pada musim panas ini nanti.

Ini meskipun pelan itu berdepan tentangan daripada orang ramai sedang negara itu dibelenggu kes jangkitan COVID-19 yang kian meningkat.

Encik Suga juga berdepan pemantauan lebih ketat setelah Encik Taro Kono, menteri pentadbiran dan pembaharuan memberitahu Reuters pada minggu lalu bahawa acara sukan itu mungkin tidak akan diadakan sekali gus menjadi menteri pertama yang menyuarakan sedemikian.

Komen-komen Encik Kono itu memburukkan lagi keadaan setelah tinjauan-tinjauan media menunjukkan hampir 80 peratus rakyat Jepun percaya bahawa Sukan Olimpik, yang sudahpun ditunda setahun disebabkan pandemik ini, seharusnya ditangguh lagi atau dibatalkan sahaja.

"Kami akan teruskan persiapan dan bertekad untuk memperketat langkah-langkah antijangkitan dan menganjurkan acara yang boleh membawa harapan dan keberanian kepada dunia, kata Encik Suga dalam ucapan dasarnya semasa pembukaan sesi parlimen biasa.

Jepun sebelum ini tidak terjejas teruk berbanding kebanyakan negara-negara maju yang lain. Namun kes-kes penularan yang tercetus baru-baru ini menyebabkan negara itu terpaksa menutup sempadannya dan mengisytiharkan keadaan darurat di Tokyo dan bandar-bandar besar.

Rating sokongan kepada Encik Suga pula semakin merosot sedang para pengkritik menyifatkan cara kerajaannya menangani pandemik ini sebagai lembap dan tidak konsisten.

Komen-komen yang beliau buat hari ini, bersetuju dengan ikrar Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) Thomas Bach, bahawa Sukan Olimpik Tokyo akan menjadi "sinar harapan selepas ujian" di tengah-tengah pandemik.

Sekalipun demikian, pihak penganjurnya pula dibebani isu-isu logistik dan terpaksa membuat keputusan sukar untuk mengendalikan para penonton dan atlit sedang ia berusaha membendung penularan.

IOC menjangkakan seramai 6,000 atlit hadir bagi acara pembukaan, kurang daripada jumlah asal sebanyak 11,000 dari 200 negara, menurut laporan akhbar Yomiuri hari ini.

Ia merancang untuk menganjurkan cara lebih kecil berbanding biasa, memandangkan para atlit tidak dibenarkan tiba di Perkampungan Olimpik lebih lima hari sebelum acara pertandingan dan mesti berlepas dua hari selepas selesai bertanding, tambah laporan itu.

"Kami percaya kami perlu menimbangkan semula jumlah peserta di upacara pembukaan dan penutup dan bagaimana mereka akan memasuki stadium," menurut jawatankuasa penganjur Tokyo 2020 dalam satu kiriman emel.

Langkah itu akan memastikan keselamatan para atlit dan memudahkan operasi, menurut penganjur, sambil menambah bahawa pendekatan khusus belum lagi diputuskan dalam perbincangan mereka degan IOC dan kumpulan-kumpulan lain.

Sumber : Reuters/NK/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan