Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

PM Jepun bertegas anjur Sukan Olimpik 'selamat dan terkawal'

 Perdana Menteri Jepun Yoshihide Suga memberitahu Presiden Amerika Syarikat Joe Biden pada Jumaat (16 Apr) bahawa negara itu akan berusaha sedaya upaya untuk mengawal jangkitan COVID-19 dan menganjurkan Sukan Olimpik yang "selamat dan terkawal" pada tahun ini.

Anggaran Waktu Membaca:
PM Jepun bertegas anjur Sukan Olimpik 'selamat dan terkawal'

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 17 Apr 2021 02:10PM Dikemas Kini : 17 Apr 2021 02:12PM

WASHINGTON: Perdana Menteri Jepun Yoshihide Suga memberitahu Presiden Amerika Syarikat Joe Biden pada Jumaat (16 Apr) bahawa negara itu akan berusaha sedaya upaya untuk mengawal jangkitan COVID-19 dan menganjurkan Sukan Olimpik yang "selamat dan terkawal" pada tahun ini.

"Jepun sedang mendengar dan belajar daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) serta para pakar dan negara itu sedang melakukan "yang terbaik" untuk Sukan Olimpik Tokyo, menurut Encik Suga dalam sidang media bersama dengan Encik Biden di Rumah Putih.

"Mereka melakukan segala yang mungkin untuk mengawal jangkitan dan memastikan temasya sukan itu dapat diadakan dengan selamat dari sudut saintifik dan matlamatnya yang sebenar," menurut Encik Suga.

"Saya sudah menyatakan tekad saya untuk merealisasikan Sukan Olimpik Tokyo dan Sukan Paralimpik sebagai lambang perpaduan global pada musim panas ini dan Presiden Biden sekali lagi menyatakan sokongannya," tambah perdana menteri itu lagi.

Setelah ditunda selama setahun akibat pandemik koronavirus, Sukan Olimpik Tokyo bakal diadakan pada Julai.

Namun rancangan untuk menganjurkannya semakin samar-samar disebabkan oleh jumlah kes COVID-19 yang kian meningkat dan ia dikhuatiri akan merumitkan persiapan Jepun bagi temasya sukan itu.

Para penganjur pada Jumaat berkata bahawa mereka memutuskan untuk membatalkan satu lagi pusingan larian obor - dengan larian ketiga itu terjejas oleh peningkatan kes COVID-19.

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan