Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

PM Itali tidak setuju perlawanan akhir Euro 2020 diadakan di London

Perlawanan akhir EURO 2020 tidak sepatutnya diadakan di London berikutan keadaan COVID-19 di United Kingdom, kata Perdana Menteri Itali Mario Draghi.

Anggaran Waktu Membaca:
PM Itali tidak setuju perlawanan akhir Euro 2020 diadakan di London

Stadium Wembley di London. (Gambar: REUTERS)

Diterbitkan : 22 Jun 2021 12:58PM Dikemas Kini : 22 Jun 2021 01:00PM

ROM: Perlawanan akhir EURO 2020 tidak sepatutnya diadakan di London berikutan keadaan COVID-19 di United Kingdom, kata Perdana Menteri Itali Mario Draghi.

Beliau berkata demikian di sidang media selepas mengadakan pertemuan dengan Canselor Jerman Angela Merkel di Berlin, pada Isnin (21 Jun)

London merancang untuk menjadi tuan rumah perlawanan akhir Euro 2020 pada 11 Julai.

"Ya, saya akan berusaha untuk memastikan agar perlawanan akhir Euro 2020 tidak diadakan di negara itu berikutan kadar jangkitan yang tinggi," kata PM Draghi, menjawab pertanyaan mengenai kemungkinan perlawanan dipindahkan dari London ke Rom.

Sejak penghujung Mei, UK menyaksikan lonjakan baru kes COVID-19, setelah mencatatkan 10,633 kes baru pada Isnin.

Pihak berkuasa merancang untuk membatalkan semua sekatan selepas 21 Jun. Namun, disebabkan penularan COVID-19 jenis Delta yang tinggi, ia ditangguhkan hingga 19 Julai.

Sumber : Bernama/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan