Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

PM Abe ikrar Jepun akan berusaha sedaya upaya bendung virus korona dari jejas Sukan Olimpik

Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe pada Isnin (3 Feb) berkata kerajaan negara itu akan bekerja rapat dengan semua kumpulan relevan bagi memastikan penularan virus korona baru tidak akan menjejas Sukan Olimpik Musim Panas di negara itu.

Anggaran Waktu Membaca:
PM Abe ikrar Jepun akan berusaha sedaya upaya bendung virus korona dari jejas Sukan Olimpik

(Gambar: Reuters/Kyodo)

Diterbitkan : 04 Feb 2020 01:34PM Dikemas Kini : 04 Feb 2020 01:39PM

TOKYO: Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe pada Isnin (3 Feb) berkata kerajaan negara itu akan bekerja rapat dengan semua kumpulan relevan bagi memastikan penularan virus korona baru tidak akan menjejas Sukan Olimpik Musim Panas di negara itu.

Menurut Menteri Olimpik Seiko Hashimoto, pihak penganjur belum lagi menimbangkan untuk membatalkan Sukan Olimpik yang dijadual dirasmikan pada 24 Julai.

"Kita akan terus bekerjasama dengan semua pihak, termasuk Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk mengambil langkah-langkah yang sewajarnya dan memastikan agar virus korona baru itu tidak akan menjejas Sukan Olimpik," kata Encik Abe kepada sebuah jawatankuasa parlimen.

Pada Selasa China mengumumkan angka korban akibat jangkitan virus korona baru di negara itu sudah meningkat kepada 425 dan banyak negara turut mengesahkan jangkitan di negara masing-masing.

Jepun sudah mengesahkan 20 kes jangkitan virus korona baru di negara itu, dengan 17 daripada mereka pernah melakukan lawatan ke China atau adalah warga China.

LAPORAN BERKAITAN:

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan