Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Pingat Olimpik 2020 akan diperbuat dari logam kitar semula

Semua pingat di temasya Olimpik Tokyo 2020 akan diperbuat daripada logam yang dikumpul dengan mengitar semula barangan elektronik terbuang, menurut para penganjur pada Jumaat (8 Feb).

Anggaran Waktu Membaca:
Pingat Olimpik 2020 akan diperbuat dari logam kitar semula

Pelbagai logam berharga boleh dikeluarkan dari peranti elektronik yang dikitar semula (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 08 Feb 2019 08:43PM Dikemas Kini : 08 Feb 2019 08:48PM

TOKYO: Semua pingat di temasya Olimpik Tokyo 2020 akan diperbuat daripada logam yang dikumpul dengan mengitar semula barangan elektronik terbuang, menurut para penganjur pada Jumaat (8 Feb).

Jawatankuasa penganjur Tokyo pada 2017 melancarkan projek untuk mengumpulkan barangan elektronik terbuang - termasuk telefon bijak dan komputer riba lama - daripada orang ramai dengan tujuan mengumpul logam untuk dibuat pingat.

Logam dikitar semula juga dikumpulkan dari perniagaan dan industri tempatan.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Jumaat, pihak penganjur menjangkakan matlamat pengumpulan bahan logam akan tercapai dan berakhir pada lewat Mac.

Setakat November tahun lalu, penguasa daerah sudahpun mengumpul 47,488 tan peranti buangan. Orang awam turut menyerahkan lima juta telefon terpakai kepada sebuah penyedia khidmat setempat.

Pihak penganjur menetapkan sasaran 2,700 kilogram (kg) gangsa, 30.3 kg emas dan 4,100 kg perak.

Mereka mencapai sasaran gangsa Jun lalu, dan 90 peratus matlamat bagi emas serta 85 peratus bagi perak pada Oktober.

"Dianggarkan bahawa jumlah selebihnya bagi logam yang diperlukan untuk menghasilkan semua pingat Olimpik dan Paralimpik boleh dikeluarkan dari peranti-peranti yang sudah didermakan," menurut para penganjur.

Logam kitar semula pernah digunakan bagi menghasilkan pingat temasya-temasya Olimpik sebelum ini, termasuk di Rio di mana sekitar 30 peratus pingat perak dan gangsa diperbuat daripada bahan dikitar semula.

Reka bentuk pingat Tokyo 2020 akan didedahkan lewat tahun ini.

Sumber : AFP/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan