Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Piala Liga: Liverpool berdepan Arsenal, Chelsea menentang Man United

Liverpool akan menjadi tuan rumah kepada Arsenal, manakala Chelsea pula akan berdepan dengan Manchester United dalam dua aksi membabitkan pertembungan gergasi Liga Perdana England (EPL) dalam pusingan keempat Piala Liga.

Anggaran Waktu Membaca:
Piala Liga: Liverpool berdepan Arsenal, Chelsea menentang Man United

Liverpool akan menjadi tuan rumah kepada Arsenal, manakala Chelsea pula akan berdepan dengan Manchester United. (Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 26 Sep 2019 08:53AM Dikemas Kini : 26 Sep 2019 08:58AM

LONDON: Liverpool akan menjadi tuan rumah kepada Arsenal, manakala Chelsea pula akan berdepan dengan Manchester United dalam dua aksi membabitkan pertembungan gergasi Liga Perdana England (EPL) dalam pusingan keempat Piala Liga.

Pengundian yang diadakan semalam bagi peringkat 16 pasukan terakhir itu sudah pasti menjadi tumpuan apabila menyaksikan pasukan pendahulu liga bimbingan Jurgen Klopp menentang The Gunners di Anfield.

Liverpool yang memenangi Piala Liga sebanyak lapan kali mara ke pusingan keempat selepas menewaskan kelab Milton Keynes Dons, 2-0 manakala Arsenal pula membelasah Nottingham Forest 5-0.

United yang kali terakhir merangkul kejuaraan tersebut pada 2017, memerlukan penentuan penalti 5-3 untuk mengatasi kelab divisyen ketiga, Rochdale selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 di Old Trafford.

Sementara itu, Southampton yang mencatat kemenangan pertama ke atas jirannya, Portsmouth selepas 35 tahun, akan berkunjung ke juara EPL, Manchester City.

Dua aksi lagi turut membabitkan kelab EPL iaitu Everton-Watford dan Aston Villa-Wolverhampton Wanderers.

Semua perlawanan dijadual berlangsung pada 28 Oktober.

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan