Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Piala Dunia: 'Viva Korea!' sorak warga Mexico

Gol sendiri Edson Alvarez pada minit ke-74 memburukkan lagi keadaan buat skuad bimbingan Juan Carlos Osorio yang hampir berputus asa.

Anggaran Waktu Membaca:
Piala Dunia: 'Viva Korea!' sorak warga Mexico

(Gambar: Andrea Comas/ AFP )

Diterbitkan : 28 Jun 2018 01:35PM Dikemas Kini : 28 Jun 2018 01:37PM

BANDAR Mexico: Para penyokong Mexico yang kelihatan muram sepanjang 90 minit permainan menentang Sweden, melompat dan menyanyi kegembiraan
apabila pasukan negara itu berjaya mengesahkan tiket ke peringkat kalah mati Piala Dunia 2018 ekoran kekalahan mengejut 0-2 Jerman kepada Korea Selatan.

Ini biarpun pasukan mereka kalah 0-3 kepada Sweden dalam aksi terakhir Kumpulan F.

Sweden, yang sebelum ini menjadi pemusnah Itali untuk melangkah ke pusingan akhir Piala Dunia membuktikan mengapa mereka layak beraksi di Rusia apabila mempamer permainan jauh lebih tersusun ketika menumpaskan Mexico.

Jaringan Ludwig Augustinsson (minit ke-50) dan penalti Andreas Granqvist pada minit ke-62 meletakkan Sweden mendahului 2-0.

Gol sendiri Edson Alvarez pada minit ke-74 memburukkan lagi keadaan buat skuad bimbingan Juan Carlos Osorio yang hampir berputus asa.

"Korea! Korea!" sorak para peminat di Bandar Mexico, melonjak kegembiraan apabila pasukan Asia itu meledak dua gol pada waktu kecederaan untuk menyingkirkan juara bertahan, Jerman.

Sekumpulan peminat juga berduyun-duyun ke kedutaan Korea Selatan di Bandar Mexico sambil melaungkan sorakan bahawa Korea adalah "saudara kita." 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan