Images
  • all blacks
    (Gambar: EPA)

Piala Dunia Ragbi: All Blacks rangkul tempat ketiga

TOKYO: New Zealand menamatkan kempen Piala Dunia Ragbi di tempat ketiga selepas menumpaskan Wales 40-17 dalam perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat pada Jumaat (1 Nov).

Kemenangan itu disifatkan sebagai penamat sempurna bagi jurulatih All Blacks, Steve Hansen yang bakal meninggalkan pasukan itu.

Dalam perlawanan terakhir bagi Hansen dan rakan sejawatannya di Wales, Warren Gatland setelah tujuh dan 12 tahun membimbing pasukan masing-masing, kedua-dua pasukan mempamerkan prestasi perlawanan yang menarik dengan All Blacks meraih enam percubaan berbanding dua bagi pasukan lawan.

Dengan keputusan itu, New Zealand memenangi 32 daripada 35 perlawanan dengan Wales. Kali terakhir mereka tewas adalah pada 1953.

Sepanjang membimbing All Blacks, Hansen hanya menyaksikan anak buahnya tewas sebanyak 10 kali dalam 107 perlawanan.

- AFP/HA/ha

Top