Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Piala Dunia: Penyokong Jerman sedih, berang, kalah teruk 0-2 kepada Korea Selatan

Malah, kekalahan 0-2 kepada Korea Selatan turut dianggap sebagai "sejarah memalukan" buat bola sepak Jerman.

Anggaran Waktu Membaca:
Piala Dunia: Penyokong Jerman sedih, berang, kalah teruk 0-2 kepada Korea Selatan

Para pemain Korea Selatan. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 28 Jun 2018 11:20AM Dikemas Kini : 28 Jun 2018 11:47AM

RUSIA: Penyingkiran pasukan Jerman dari Piala Dunia pada hari Rabu (27 Jun) merupakan kejutan yang terbesar dalam sejarah kejohanan itu - kegagalan untuk melayakkan diri ke pusingan selanjutnya buat kali pertama sejak 1938.

Malah, kekalahan 0-2 kepada Korea Selatan turut dianggap sebagai "sejarah memalukan" buat bola sepak Jerman.

Juara bertahan itu menamatkan saingan peringkat Kumpulan F di tangga tercorot selepas mengumpul tiga mata.

Pasukan itu sebelum ini sekurang-kurangnya melayakkan diri ke peringkat akhir atau separuh akhir bagi setiap Piala Dunia sejak tahun 2002.

Gol penentu perlawanan itu diputuskan melalui video pembantu pengadil (VAR).

Jaringan pada masa kecederaan daripada Young-Gwon Kim (minit-94) dan Heung-Min Son (96) sudah cukup untuk memastikan Jerman tersingkir awal daripada kejohanan kali ini.

Ini bermakna Jerman, pasukan yang mucul juara sebanyak empat kali dalam 16 pertandingan Piala Dunia, kini gagal melayakkan diri ke pusingan selanjutnya buat pertama kali sejak 1938. 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan