Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Piala Dunia FIFA 2034 sasaran 'realistik' bagi S'pura, menurut VP FAS Edwin Tong: laporan

Sasaran bagi kelayakan Piala Dunia FIFA 2034 adalah sasaran "realistik" buat Singapura, menurut Naib Presiden Kesatuan Bola Sepak Singapura (FAS) Edwin Tong, dalam satu wawancara dengan Straits Times yang diterbitkan pada Ahad (18 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:
Piala Dunia FIFA 2034 sasaran 'realistik' bagi S'pura, menurut VP FAS Edwin Tong: laporan

(Gambar: Matthew Mohan)

Diterbitkan : 18 Aug 2019 03:26PM Dikemas Kini : 18 Aug 2019 03:30PM

SINGAPURA: Sasaran bagi kelayakan Piala Dunia FIFA 2034 adalah sasaran "realistik" buat Singapura, menurut Naib Presiden Kesatuan Bola Sepak Singapura (FAS) Edwin Tong, dalam satu wawancara dengan Straits Times yang diterbitkan pada Ahad (18 Ogos).

"Kita sudah lama menyasarkan persada dunia, jadi kita perlu bermula dengan sesuatu," kata Encik Tong, yang juga Menteri Negara Kanan Kesihatan Merangkap Undang-Undang.

"2034 adalah 15 tahun dari sekarang ... jadi kita menyasarkan budak-budak yang sekarang berusia lapan, sembilan hingga 14, 15 tahun dan jika kita dapat membentuk program yang mengutamakan sasaran ini, ia akan banyak membawa kebaikan," kata beliau seperti dilaporkan the Straits Times.

"Jika kita terlalu takut untuk meletakkan sasaran dan gagal, kita tidak akan sampai (kemajuan). Jadi kita perlu bersikap realistik tentang peluang kita; kita bukan menyasarkan 10 tahun akan datang, tetapi sasaran 15 tahun."

Menurut laporan itu lagi, Encik Tong mengetengahkan format perlawanan yang diperluas sebanyak 48 pasukan yang akan dilaksanakan bermula 2026. Beliau menarik perhatian bahawa bilangan tempat bagi negara-negara Asia akan naik hampir seganda kepada lapan.

SASARAN 2034 BENTUK "SEGALANYA"; KESAN NS DISEMAK

"Kita boleh melihatnya sebagai sasaran. Ia bukan tidak realistik, namun juga tidak mudah," tambah Encik Tong.

Menurut Straits Times, Encik Tong berkata Sasaran 2034 akan digunakan untuk "menumpukan dan membentuk segala" yang dilakukan FAS dan pihak-pihak berkepentingannya. Beliau menambah sukan bola sepak di tahap akar umbi, pembangunan belia, prasarana dan sekolah semuanya memainkan peranan penting untuk memenuhi sasaran itu.

Beliau turut berkongsi pandangan berhubung kesan Perkhidmatan Negara terhadap sasaran 2034.

"Secara tidak langsung kita perlu menyemak apa yang perlu dilakukan berhubung Perkhidmatan Negara (NS), bagaimana boleh kita menyelaraskan NS, yakni satu dasar yang penting, dengan keperluan sukan bola sepak."

Menurut laporan itu lagi, Encik Tong menyarankan agar model kelab lama "dikaji semula" seperti Persatuan Sukan Angkatan Bersenjata Singapura (SAFSA) dan Home United. Kelab-kelab sedemikian membolehkan anggota NS sepenuh masa untuk berlatih dan bermain dalam perlawanan kompetitif.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan